Saturday, May 27, 2017

Sejarah Herbal Oil Najlaa

Simbolik perjuangan seorang ibu.

Kisahnya begini, 22 March 2011 anak sulung saya lahir dan terkena sawan tangis yg serius, menangis teruk kuat kuat dari jam 8.00mlm sehingga 8.00pagi esoknya. Selama 2 bulan. 
Bayangkan... Letih ya Tuhan. Dalam tempoh 2 bulan ini saya bertemu bermacam-macam pengamal perubatan utk merawat Najlaa. Saya belajar bermacam ilmu dgn mereka...terutamanya tentang RUQYAH... since sawan tangis ni gangguan syaitan.

NajLaa

Sejarah Baby Balm Najlaa

Produk Bayi Paling Larisss Di Pasaran...
Mungkin anda nak tahuu... bagaimana Baby Balm Najlaa ni dicipta ? Mehh saya cite... 


Masa tu Uwais adik Najlaa kecik lg... demam selsema...masuk hospital. Terukk sgt... saya ni jenis penakut jarum... takut cedera... takut darah. Seksa sangat tgok Uwais kena cucuk... tepuk2 bg keluar kahak. Nangiss sorang2 tgok ada darah Uwais dlm wire nak keluarkan kahak tuu.

Malam2 Uwais tidor saya kaji herba2 utk rawat selsema... cari pengumpul herba dan beli, saya drive dari kuantan ke KL utk beli minyak2 essential oils import dari luar negara... Perjuangan seorang Ibu...
Terhasil lah baby balm utk Uwais yg turut digunakan oleh anak anak tuan puan sekalian hari ini.... Begitu lah... sejarahnya.

Thursday, December 10, 2015

Wanita ini Menungang Motosikal dari Penang ke Kajang dgn Anak-Anak Kecil

Daa lama saya tak singgah menulis di sini kerna sibuk menguruskan anak anak dan business NajLaa Baby Skincare yg semakin mendapat tempat di hati ibu bapa di seluruh Malaysia.

Hari ini saya sangat tersentuh hati melihat gambar-gambar Puan Dina menungang motosikal dari Penang ke Kajang dengan membawa 2 anak kecil..sampai menitis air mata keibuan.Saya juga seorg wanita dan amat memahami letihnya badan seorang wanita yg bersalin dan beranak kecil. Saya pernah travel sendirian dgn anak-anak kecil 3 orang sejauh 500 km, naik MPV...ada tilam dibelakang dan anak2 buat macam rumah sendiri, main, menulis dan tidor lena. Itu pun saya letih... bagaimana Puan Dina mengharungi perjalanan yg begitu jauh dgn hanya bermotosikal dan 2 anak kecil ???

Hati saya bertambah sedih apabila mengetahui Puan Dina wanita yang ditinggalkan suami. Alangkah perit hidup ini, dia lah bapa dia lah ibu. Wahai Lelaki, lihatlah dgn hati kerosakkan yg engkau tinggalkan. Seorang wanita yg lemah, terpaksa bekerja di siang hari demi menyediakan nasi utk zuriat yg engkau tinggalkan, di kala malam hari... dia tidak tidor lena kerana zuriat kecil yg kau tinggalkan merengek dan asyik terjaga meminta susu, pampersnya basah.dan sebagainya.

Lihatlah sendiri gambar gambar ini, sayuu hati melihat anak kecil dalam keadaan begitu, bersusah payah sekali ibunya... bagaimana jika anak-anak ini tertidor.Allahurobbi... ( Info dan Foto drp Fb Zack Rockstar )




Monday, August 3, 2015

Bagaimana Saya Miliki Rumah MAHAL pada Harga MURAH Tak Masuk Akal

Memiliki rumah idaman pada harga yang murah memang impian semua orang... begitu juga saya. Ketika membeli rumah pertama dulu perkara yang diutamakan adalah rumah yang selesa, serta aman dan tenang. Lalu kami membeli rumah Semi D dengan keluasan sekitar 1600 kaki persegi... berhadapan dgn hutan simpan dan dari atas bukit jelas terbentang persisiran lautan. Saya sememangnya jatuh cinta dgn rumah ini. Komitmen bulanan yang diperlukan adalah RM 1000++ dan kini disewakan furnish.


Rumah pertama Semi D


Sedikit gmbaran luar dan dalam rumah pertama.

Saturday, January 31, 2015

Menjemput Rezeki


Assalamualaikum…
Just nak share kehidupan ku masa ini…macam laa best sangat kan hidup ku ini ha ha. Namun beberapa bulan ini berlaku perubahan yang tak pernah ku rasakan sebelum ini. Di pendek kan cerita dulu aku penjawat awam, setelah mendapat anak sulung…aku sentiasa memikirkan nasib si kecil yang ku tinggalkan hari-hari di nursery. 

Pukul 7.30 pagi daa siap-siap nak hantar anak ke nursery, nanti jam 5-6 petang baru nak tengok anak semula. Balik rumah, nak rehat, kemas rumah, siapkan masakan, sedar-sedar anak daa tidor huhu.  Selalu juga tangungjawap yang telah digariskan Islam untuk Si Ibu menghantui ku “ Tugas ibu menjaga dan mendidik anak-anaknya, dan menjaga maruah, harta dan diri suami”. Ku ulang-ulang barisan ayat ini di dalam hati sekian lama. Baikkah aku sebagai ibu ???

Wednesday, December 10, 2014

7 Cara Mengawal Kemarahan Mengikut Islam


Lately saya cepat benar marah huhu, mungkin banyak sangat urusan dalam masa sama menguruskan Business dan family keseorangan, since my hubby kerja luar. Lagi pun tahun ni saya tak mengandung ha ha, so saya perasan bila time datang bulan waa memang cepat meletop marah ni. Whatever it is… marah bukan sifat yang baik dan saya stress bila marah especially kepada anak.

So, mencari-cari bagaimana untuk mengawal kemarahan ini…stay cool beb that better for everybody and yourself. So dlm mencari nasihat Rasulullah S.A.W  tentang marah ni, rupa-rupanya banyak sekali panduan.

Saturday, November 22, 2014

Ruam- Ruam Hilang dan Kulit Bayi Cantik dengan Herbal Cream Najlaa

Salam semua hari ni nak bercerita tentang Herbal Cream Najlaa, yang kini semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu di Malaysia. Walaupun Najlaa BaBy Skincare mempunyai 5 produk, Herbal Cream merupakan antara paling Hot !!!

Bagi yang baru mengenali Najlaa BaBy Skincare mesti tertanya-tanya apa yang menariknya Herbal Cream ni kan ? Herbal Cream ni di rumus khas untuk menangani masalah penyakit kulit si kecil seperti ruam lampin, gatal-gatal, ruam-ruam dan ekzema.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...