Monday, August 3, 2015

Bagaimana Saya Miliki Rumah MAHAL pada Harga MURAH Tak Masuk Akal

Memiliki rumah idaman pada harga yang murah memang impian semua orang... begitu juga saya. Ketika membeli rumah pertama dulu perkara yang diutamakan adalah rumah yang selesa, serta aman dan tenang. Lalu kami membeli rumah Semi D dengan keluasan sekitar 1600 kaki persegi... berhadapan dgn hutan simpan dan dari atas bukit jelas terbentang persisiran lautan. Saya sememangnya jatuh cinta dgn rumah ini. Komitmen bulanan yang diperlukan adalah RM 1000++ dan kini disewakan furnish.


Rumah pertama Semi D


Sedikit gmbaran luar dan dalam rumah pertama.

Impian saya berbeza ketika ingin memiliki rumah ke dua. Perkara yang diutamakan adalah rumah yang harganya MURAH dan selesa. Murah dalam erti kata tak perlu korek KWSP, tidak perlu berhutang bank dan jimat. Oleh itu kami tidak perlu sakit kepala membayar hutang rumah ke dua ini setiap bulan. Mesti terbayang di kepala beli cash rumah lelong atau rumah murah kan. TIdakkk... walau kami inginkan sebuah rumah MURAH saya tidak berminat untuk tinggal di rumah teres atau setinggan. Oleh itu apa yg saya lakukan ??? Ikuti tips di bawah

1) Survey rumah tinggal yg siap atau separa siap. Rumah rumah ini dijual pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Saya temui 2 banglo yg separa siap atas keluasan 2 lot tanah yang di let go pada harga RM 80k... Rumah sewa 3 pintu yang telah terbiar atas tanah yg luas dijual pada harga RM 130k dan sebagainya.

2) Saya memilih rumah yang tidak lagi dihuni. Bumbungnya sudah bocor, debunya berinci inci, lipas cicak usah cerita, kusam dan sememangnya terukk. Tapi kedudukannya di Simpang 3, berhadapan restoran dan petrol station dan tidak berjauhan dengan pekan menarik perhatian saya.

3) Misi seterusnya untuk membuat renovasi pada harga paling murah. Ini sangat mencabar. Saya meletakkan limit kewangan untuk renovate rumah ini sehingga lengkap dengan perabut adalah RM 40k. Porch rumah anda sahaja mungkin berharga RM 20k, bayangkan bagaimana saya hendak menyiapkan sebuah rumah yang teruk dengan hanya RM 40k sehingga lengkap berperabut.

4) Saya hanya mengupah seorang tukang rumah sahaja untuk renovasi, oleh itu saya dapat cut cost dengan banyaknya. Walaubagaimanapun tukang memerlukan pembantu untuk menolongnya, suami pula kerja luar, jadinya saya lupakan diri yang saya ini wanita lalu menjadi pembantu tukang ha ha . Namun untuk kerja sukar seperti menukar bumbung keseluruhan saya mengupah beberapa pembantu lelaki yang dibayar gaji hari. Keseluruhan upah tukang sehingga rumah siap adalah RM 12k

5) Di antara kerja yang saya lakukan ialah berlagak jadi architect ha ha lukis plan rumah, keluasan rumah asal sekitar 1600 kaki persegi, dan diluaskan menjadi 2400 kaki persegi dengan tambahan beberapa ruang rumah.

6) Kemudiannya menjadi pembantu tukang rumah dengan membuat kemasan tiles, membuat kaki lima, cat ceiling, cat luar dalam rumah, pasang tombol pintu dan sebagainya. Saya adalah seorang profesional yg bekerja dalam sektor kerajaan sebelumnya, tinggal di asrama sejak ditingkatan satu, saya tidak pernah membuat kerja tukang rumah ha ha. Namun saya berusaha belajar dengan tukang, syukur dia tidak kedekut ilmu, namun kasihan tukang.. nak ajar dari A B C..nasib laa kesabarannya tinggi.

7) Dalam tempoh 4 bulan rumah siap di renovate, kini masa untuk wiring. Saya nego nego dan nego sehinggalah juruelektrik bersetuju untuk membeli lampu, kipas siap wiring pada harga RM 3500. Untuk memasang meter air pulak menelan kos  RM 1200, manakala meter elektrik RM 750.

8) Langkah seterusnya adalah untuk melengkapkan rumah dengan perabut. Ketika rumah pertama dulu saya beli semua serba baru. Rumah pertama katakan beribu ribu duit habis. Untuk rumah kedua saya mengambil langkah bijak dengan membeli parabut 2nd hand secara lum sum selori teruss. Satu lori cukup untuk melengkapkan satu rumah dibeli pada harga RM 2.5k sekali penghantaran.

9) Kos pembelian bahan binaan sekitar RM 20k, oleh itu keseluruhan kos renovasi termsuk kos kos sampingan sekitar RM 40k.

10) D.I.Y. Nak segalanya murah sepastinya pilihan yang paling tepat adalah D.I.Y. Saya membuat katil bilik tamu sendiri pada harga RM 80, menggunakan kayu lebihan renovasi rumah untuk menghasilkan Rak kasut dan Rak herba. Membuat frame jam menggunakan kayu buangan dan menanam pokok menggunakan pallet recycle.

D.I.Y

Alhamdulillah akhirnya rumah ke dua ini berjaya disiapkan pada kos kurang daripada RM 100k. Rumah ni landed, sebiji dan mempunyai:

1 ruang tamu
1 ruang keluarga
1 ruang santai
3 bilik masterbedroom
2 bilik air
1 ruang makan
1 wet kitchen
1 home office
1 stor
2 balcony ( satu dihadapan, satu dibelakang rumah)

Soryy gambar sebelum rumah ini disiapkan tak ada sudah lama jadinya saya delete dari Gallery. Jom layan gambar selepas renovasi dari sebuah rumah tinggal yang teruk dan inilah hasilnya... maaf lah saya ni bukan interior designer... hentam keromo je, budget pun sedikit insyaallah kemudian hari ada rezeki lebih upgrade mana yang kurang.

Ini adalah ruang tamu, semuanya serba 2nd hand termasuk langsir stripe itu... milik hotel mana tah.


Ruang santai petang..mengadap matahari jatuh. Wall decoration daripada kedai RM 2

Inilah katil yang saya buat sendiri. Dan itu outside stor untuk simpan barang serta taman mini ala kadar.

Ruang keluarga...tempat anak anak bersuka ria dan tengok tv. TV tuu pun 2nd hand ha ha. Warna tema dinding gabungan purple dan pink.

Ruang makan yang simple dan balcony belakang rumah tempat anak anak bermain. Semoga dapat menyumbang ideas untuk mereka yang merancang untuk memiliki rumah pada harga murah. Selamat Membaca, semoga bermanfaat.

Perempuan pun boleh bina rumah... Cuma kita kena Percaya yang kita boleh.


3 comments:

  1. Subhanallah.. cantik
    Saya teringin nk cari rumah yg murah tu.. tp x jmpa.. kat mana nak cari ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. First kena target kawasan..kemudian contact orang yg anda kenal dikawasan tersebut dan upah dia mencari rumah tinggal...rumah separa siap yg tuan dia memang daa tak nak buat...kemudian daa dapat rumah cuba nego sampai dapat harga yg menarik

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...