Saturday, January 31, 2015

Menjemput Rezeki


Assalamualaikum…
Just nak share kehidupan ku masa ini…macam laa best sangat kan hidup ku ini ha ha. Namun beberapa bulan ini berlaku perubahan yang tak pernah ku rasakan sebelum ini. Di pendek kan cerita dulu aku penjawat awam, setelah mendapat anak sulung…aku sentiasa memikirkan nasib si kecil yang ku tinggalkan hari-hari di nursery. 

Pukul 7.30 pagi daa siap-siap nak hantar anak ke nursery, nanti jam 5-6 petang baru nak tengok anak semula. Balik rumah, nak rehat, kemas rumah, siapkan masakan, sedar-sedar anak daa tidor huhu.  Selalu juga tangungjawap yang telah digariskan Islam untuk Si Ibu menghantui ku “ Tugas ibu menjaga dan mendidik anak-anaknya, dan menjaga maruah, harta dan diri suami”. Ku ulang-ulang barisan ayat ini di dalam hati sekian lama. Baikkah aku sebagai ibu ???

Aku masih bekerja sebagai penjawat awam dari anak satu, sampai anak ku tiga. Aku belum cukup kuat untuk menjadi housewife. Sehinggalah suatu ketika, aku perlu pergi outstation seminggu. Bila balik semua anak-anakku demam. Masa tuu anak ketiga baru berusia 3 bulan lebih. Ya Allah aku menangis sepuas-puasnya di sisi katil melihat 3 Si kenit terbaring di atas katil dgn coolfever  bertempek di kepala.

Hari itu juga aku merasa sudah sampainya masa untuk aku menjadi ibu yang menjaga sendiri anaknya. Aku bangun malam solat meminta petunjuk dari Allah. Selain dari menjadi penjawat awam, aku juga melakukan business sampingan menjual produk kesihatan sebuah syarikat dari Amerika dan menjual produk bayi bagi menambah pendapatan keluarga . So ku harap business ini berkembang dgn baik.

Namun setelah mendapat tahu CEO syarikat produk kesihatan dari Amerika itu penaung sebuah pertubuhan yahudi yang membantu penempatan haram Israel di Palestine. Ya Allah aku amat gusar sekali, kerana income dari penjualan produk ini agak banyak. Namun setelah mendapatkan pendapat daripada beberapa ustaz dan ustazah supaya aku mencari rezeki yang lebih berkat, dan seorang ustazah menasihatkan supaya tidak mencari rezeki yang bersekongkol dengan musuh Allah, dan hukum bermuamalah dengan yahudi yang memusuhi Islam.

Maka aku membuat keputusan untuk tidak lagi aktif menjual produk tersebut. Sudah laa berhenti kerja, business jual produk kesihatan pun berhenti. Penjualan produk bayi yang baru bermula. Jika di fikir-fikirkan dari segi duniawi  aku sedang menggali kubur sendiri. Astarfirullah… fikiran apakah ini. Bukan kah rezeki itu pemiliknya Allah, kenapa tidak yakin dengan Allah. Dia pemilik rezeki, dan Dia memberi kepada siapa yang Dia suka.

Jika dulu gaji ku beribu di tambah lagi dengan bonus jualan produk kesihatan dan keuntungan produk bayi, boleh di katakan income aku agak stabil. Namun hakikatnya, aku tiada masa dengan anak-anak, walau banyak wang tapi seringkali rasa tak cukup  dan rasa mudahnya wang mengalir keluar dari poket. Tertekan dengan kerja, stress mengejar bonus jualan, sudah laa anak ku tinggalkan saban hari.

Kenapa yaa??? Rezeki yang tak berkat ??? hidup yang tidak mengikut garisan islam ???

Kini setelah 6 bulan, bertekad berhenti kerja untuk menjaga anak sendiri, luangkan lebih masa untuk mereka… meninggalkan kerja menjual produk kesihatan yang penanungnya Yahudi yang memusuhi Islam, hidup ku lebih tenang. Kurang tekanan.

Sekarang aku dalam usaha mengembangkan business penjualan produk bayi, disamping terlibat secara kecil kecilan dalam industry makanan. Alhamdulillah… sekarang baru ku dapat rasai keberkatan rezeki . Alhamdulillah…sekarang kami memiliki sebuah lagi rumah yang berstatus Financial Free Home,  sesuatu yang tidak pernah kufikirkan sebelum ini. Yang ku tahu, bila nak beli rumah, conform kena hutang bank beratus ratus ribu. Selain itu, kami membeli sebidang tanah berhampiran pekan yang di jual pada harga yang sangat murah…4 angka. Ketika aku membeli tanah tersebut, apabila tuannya bersetuju untuk menjual pada harga yang murah, dia memaklumkan “Mungkin Allah nak saya bersedekah,mungkin ni sudah tertulis rezeki Puan dan anak-anak”. Bukan lah aku ingin menunjuk-nunjuk jauh sekali, semoga Allah melindungi diri ku yang kerdil ini dari sifat ujub, bongkak, sombong dan takabur huhu.

Yang cuba ku gambarkan ini ialah keberkatan rezeki. Selama ini bertahun-tahun aku sibuk mengejar rezeki. Kerja siang malam, tinggalkan anak-anak. Saban hari bergolak dengan perintah Allah yang ku sisihkan. Nasib laa aku tidak bergolak ketika ustaz dan ustazah menasihatkan untuk mencari rezeki yang berkat dengan meninggalkan business menjual produk kesihatan itu. Rupa rupanya, apabila kita cuba mendapat redha Tuhan dgn mematuhi perintahnya dan meninggalkan yang syubhah, hidup menjadi lebih mudah dan tenang. Menjemput rezeki itu lebih mudah dari mengejarnya. Jika dulu wang seperti mengalir dari poket, sekarang Alhamdulillah melekat juga di poket walaupun tak banyak.

So sebagai penutup kisah ini, pengajaran yang boleh di timba bersama hiduplah dengan menurut perintah Nya, carilah rezeki yang halal dan berkat, bukan kekayaan yang tidak berkat, syubhah apatah lagi haram. Rezeki yang berkat sedikitnya rasa cukup, bila banyak boleh dikongsi-kongsikan dengan orang lain, Rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tak cukup, bila banyak, macam macam musibah menimpa…kereta rosak laa, anak sakit laa, diri sendiri sakit laa, pasangan yang curang, rumah terbakar, hidup yang taka aman, sedar-sedar duit mengalir laju huhu. Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk Allah. Semoga kita semua di limpahkan dengan rezeki yang Halal dan Berkat, dari dilimpahkan rezeki yang tidak berkat, syubhah apatah lagi haram.

Amiinn.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...