Wednesday, May 21, 2014

Miraculous Boy from Tanzania: Islam Since Birth

Alhamdulillah... Miraculous Boy From Tanzania Sheikh Sharfuddin Khalifa

Sedikit biodata Sheikh Sharfuddin Khalifa

8 Disember 1989- Lahirlah seorang bayi lelaki daripada sebuah  keluarga kristian katolik di Arusha Tanzania. Bayi lelaki ini di lahirkan mati, no sign of life tidak bergerak, tidak menangis. Doktor yang menyambut kelahirannya terpaksa memberitahu si bapa yang anaknya dilahirkan mati, dan meminta si bapa untuk membawa pulang jasad anak lelakinya utk disemadikan.


Apabila sampai di rumah. Bayi lelaki ini bersin dan menangis "show sign that he alive", penduduk kampung yang menyaksikan peristiwa ini memanggil "Miracle of God", lalu bayi lelaki ini dinamakan Joseph oleh pendeta.

Pada usia 2 bulan Joseph ingin dibaptistkan, beliau telah menolak dibaptistkan dengan berkata “Mama, unisibi baptize naamini kwa Allah, na jumbe wake Muhammad” (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad). Ayah dan ibunya, Domisia-Francis, merasa hairan. Kemudian didatangkan seorang pendeta untuk berbicara dengan bayinya itu: “Are You Yesus?” (Apakah kamu Yesus?).

Kemudian dengan tenang sang bayi Joseph menjawab:“No, I’m not Yesus. I’m created by God. God, The same God who created Jesus” (Tidak, aku bukan Yesus. Aku diciptakan oleh Tuhan, Tuhan yang sama dengan yang menciptakan Yesus).

Pada usia 4 bulan, Joseph mula menyebut "Allahhuakbar" dan mula membaca Al-Quran tanpa siapa pun mengajarnya. Pada usia setahun setengah Joseph telah boleh membaca keseluruhan Al-Quran. Ini amat membingungkan ibu bapanya. Ibunya merasakan Joseph telah di sampuk syaitan (Arabic words are Evil to Christian). Pada usianya 3 tahun, ibunya memanggil pendeta untuk berdoa kepada Joseph bagi mengeluarkan syaitan dari badannnya.

Setiap kali pendeta berdoa Joseph akan menangis dengan kuat sehingg pendeta terpaksa berhenti membaca doa. Lalu ayahnya membawa Joseph kepada maryam didarussalam (sepupu Joseph yang telah memeluk islam) untuk mentafsirkan apa yang sedang dikatakan Joseph. Diantara perkataan yang sering disebut sebut Joseph selain daripada Al-Quran adalah " Jika anda Bertaubat, anda akan di ampunkan Allah"

Maryam telah mengambil alih menjaga Joseph dan menamakan anak lelaki itu Sheikh Sharfuddin Khalifa. maryam membawa Sheikh Sharfuddin Khalifa ke masjid berhampiran untuk bertemu imam, kata imam "masyaallah this is miracle of God", memandangkan usia Sheikh ketika itu baru 3 tahun, imam dan maryam bersetuju untuk memelihara Sheikh dalam diam diam bagi mengelak diketahui umum. disebabkan Maryam agak sibuk, imam lah orang yang sering menjaga dan mengajarnya tentang islam.

Pada usia 5 thaun sheikh sharfuddin Khalifa telah menghafal al-quran dan hadis. Beliau amat cepat mempelajari bahasa, semuda usia 5 tahun beliau telah bercakap dalam bahasa arab, Itali, Perancis, english dan Swahili (bahasa ibunda). Allah telah merahmatinya dengan kelebihan ini.

Dan semuda usia 5 tahun lah Sheikh Sharfuddin Khalifa mula merantau berdakwah kepada orang ramai tentang Islam.

Pada tahun 1999, pada usianya 10 tahun, barulah ke dua dua ibu bapanya memeluk Islam. Masyaallah, anak soleh yang menunjukkan jalan ke syurga kepada orang tuanya. Moga Allah memberkati usia Sheikh Sharfuddin Khalifa, dan memeliharanya teguh dalam Islam, terus berdakwah dan membela Islam. amiinn 

Jemput LIKE Page beliau: https://www.facebook.com/SaidJohnDaawa


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...