Tuesday, February 4, 2014

Everything You Know About Azizan Osman is Wrong

Tadi terima panggilan dari kawan, "mana mu pegi senyap je Fb?", "owhh gii khusus Dr Azizan Osman Train the Trainer",..."mu gii kursus dia, aku dengar macam2 hal tak betul pasal Azizan Osman...betul ke?"...


 Saya sebenarnya tak kenal sangat Azizan Osman...tahu dia ni ramal Tarikh Lahir, but yaa I don't care saya lahir bila he he, sampai lah satu masa buat bisness suka suka dan stuck about marketing. Masa tengah sarat nak bersalin anak no.3 saya menghadiri Seminar beliau IJI. Mak aku berleter.." Ni sarat sarat tunggu hari pun sibuk nak pegi khusus Ajijan, karang anak nii keluar muka Ajijan", Alhamdulillah anak ku keluar ikut muka suami...klu keluar muka Dr Azizan Osman..memang tersumpah laa ko nak.

Selepas anak saya 2 bulan ++ lahir ke dunia dan dinamakan YAASIN AL-BASYIR, suami pujuk pegi seminar Train the Trainer since sometimes saya diinvite untuk memberi ceramah berkenaan Diet, pengurusan berat badan dan bagai, tetapi cara penyampaian saya sering dikritik suami ha ha. Sebelum tuu meh saya cerita kepakaran saya.

Nama saya Gee, saya pakar pemakanan specialize in sport, jika diperhalusi lagi saya sebenarnya Pakar dlm menurunkan berat badan. Semasa zaman remaja saya Gemok berat saya 90kg...saya benci dgn diri sendiri, kurang keyakinan diri dan benda paling dibenci adalah cermin..nampak alien dlm tuu. setelah bertekad utk kuruss, saya mengamalkan beberapa cara pemakanan untuk menurunkan berat badan. Dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan 90kg kepada 50-55kg semasa cuti SPM dan pernah mencecah 44kg semasa Matrikulasi. Seterusnya saya mengambil degree dlm dietitian utk memahami dgn mendalam tentang pengurusan berat badan.

Setelah itu saya bekerja dgn sukan, dimana sometime saya terpaksa mencuba pelbagai jenis diet utk menurunkan berat badan atlet. Ada atlet yg terpaksa menurunkan berat badan dgn cepat utk pertandingan, dan disinilah saya try and error few diet utk membantu menurunkan berat badan mereka secara agresif. For the rekod paling banyak berat atlet yg berjaya diturunkan adalah 5kg/week. Formula ini saya panggil The Craziest Weight Loser. Dengan formula yg sama baru baru ini saya menurunkan 23kg berat badan dlm tempoh 2bulan ++.


Berbalik kepada program TTT tadi, pelbagai kenangan suka duka gembira teruja yg akan melekap diingatan sampai bila bila. First time kott saya Pump susu bawah meja ha ha, meja tuu bukan lah open..ada lapik meja yg labuh cukup utk menyembunyikan saya dalam tuu. Lagii kerja gila saya buat, adalah menjadi gelandangan 4 hari beb pheww. Tiap-Tiap hari tidor dlm aircond...tetiba tidor dlm surau berlapikkan lantai simen.

Actually rumah saya berhampiran dengan tempat seminar oleh ituu saya tidak bercadang untuk menyewa hotel or homestay. tapi disebabkan jadual program terlampau ketat...saya tidor dlm surau dan mandi dlm toilet. Hadoiii... saya cuba balik ke rumah pada hari pertama, tapii perjalanan ituu membahayakan kerna asyik tertidor dlm kereta. Oleh kerna ituu ada seorg staff kitchen di resort tersebut hari hari collect Susu Ibu untuk disimpan dlm freezer..." saya ni macam daa bela kambing kak, hari hari simpan susu" guraunya.


Semasa program tersebut saya belajar utk menjadi penceramah yg lebih baik, meningkatkan konfiden diri, belajar leadership, belajar menari dan menyanyi utk memecah tembok malu, belajar time managment, qiamulail dan pelbagai serba satu kebaikkan. Saya hairan apabila orang bertanya "Apa yg tak betul dlm program Azizan Osman yg kau hadir?"... "Rumours yg dia penipu" dan bagai, so far saya hanya jumpa Kebaikkan, dari programnya laa saya mengubah cara berfikir dan hidup dgn lebih baik sebagai insan dan hamba tuhan. Everything you know about Azizan Osman is Wrong.

Hidup Untuk Bahagia dan Membahagiakan
Pakar Diet Anda
Mommy Gee 019-9821809



1 comment:

  1. Salam. Boleh saya tau berapa harga TTT Dr. Azizan Osman masa u hadir dulu. i ingat nak join TTT this November. but tak tau berapa harga seminar sebab dalam website x tunjuk lagi. I nak allocate kan duit utk pergi TTT. TQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...