Monday, February 24, 2014

Berjaya Potty Training Dalam Masa 2 Hari

Assalamualaikum... Selamat Pagi, Hari ini nak berkongsi tentang Potty Training. Bila terbaca status kawan potty training dlm masa 30 hari, ada 2 minggu saya rasa lamanya. Sabar benar ibu ibu ha ha, saya tak tahu samada saya mampu menahan kesabaran begitu lama dgn keciciran air kencing dan bomb bomb berbau di lantai ;)

Oleh itu saya ingin berkongsi dengan ibu ibu bagaimana saya Potty Training anak saya dengan jayanya dalam masa 2 hari. Sebelum tuu meh saya perkenalkan Aqilah Najlaa' my doter. Kakak Najlaa' Lahir pada 22 March 2011, pada usianya 2 tahun 9 bulan saya mengajarnya Potty Training iaitu Desember 2013. Semasa saya decide untuk mengajar kakak potty training, saya baru sahaja bersalin dan masih dalam pantang. Saya sangat nervous, macam orang nak ambil periksa, berdegup degup jantung. Yea laa klu kakak kencing dan yayak merata rata waaa...mana nak jaga baby lagii. Dan pada masa tuu saya berpantang sendiri di rumah, suami pula kerja. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ni laa kakak yg comel:



1) PERKENALKAN TOILET
2-3 hari sebelum saya start potty training, saya memperkenalkan toilet kepada Najlaa'. Saya angkatkan dia ke atas toilet. Make it funs. Saya belikan potty training toilet cover, supaya dia tak rasa nak terjatuh kedalam lubang tandas. Belikan yang comel dan cantik, supaya dia gemar dengan toilet.

2) BAGITAU DIA DAA BESAR
Sambil sambil saya perkenalkan toilet kepadanya, saya juga berulang ulang kali memberitahu " Kakak daa besar, orang besar tak pakai pampers, orang besar buang air, ya yak dalam toilet, Kakak daa besarkann?" Dapatkan responnya. Najlaa' mengangguk dia daa besar. Bila bermain dengannya, sentuh pampers " Eh kakak pakai pampers, kan kakak daa besar?"...beberapa kali begitu, Najlaa' datang sendiri kepada saya " Mama kakak tak nak pakai pampers, daa besar". Itu petanda dia daa ready utk Potty Training.

3) SETIAP 30 min @ 1jam ke TOILET
Pada hari pertama Utk memastikan dia tak tercicir atau ya yak merata rata, setiap 30 minit atau 1 jam saya akan tanya dia " Kakak nak kencing tak? nak yayak tak? Jom gi toilet" Saya akan bawa dia ke toilet, walaupun dia tak kencing or yayak. 

Bila dia berjaya buang air atau yayak dalam toilet saya akan puji dgn ikhlas dan gembira "Yeay kakak daa besar, pandainya kakak kencing dlm toilet" pelbagai lagi bentuk pujian dan kadang2 saya julang Najlaa' dengan gembiranya. Ini meninggalkan kesan psikologi kepada Najlaa'. Dia akan seronok dapat kencing dan yayak dlm toilet kerana mama akan gembira dan sayang kepadanya. Aktiviti ini menjadi sangat seronok.

4) CATAT SETIAP KALI...
Apabila kakak buang air kecil or besar saya akan catat, masanya. Selalunya manusia akan kencing dan buang air besar pada masa yang sama. Oleh itu hari ke 2 potty training dan seterusnya akan menjadi lebih mudah. Ibu Ibu tidak perlu membawa anak setiap 1jam ke toilet. Ikut catitan waktu tadi.

5) JANGAN MARAH BILA TERCICIR
Ini adalah dosa besar jika anda lakukan dalam potty training. Bila anda marah, anak tadi akan takut, dia takkan beritahu anda bila dia nak terkencing or yayak, dan akhirnya dia akan buang merata rata. Biasa laa tuu anak sekali sekala tercicir, jangan marah. Dia akan tunjukkan rasa serba salah...masa ituu peluk anak anda dan cakap " Is ok, jangan risau...nanti nak pegi toilet bagitau mama yea. dekat sini bukan tempatnya nak kencing or yayak" muka tuu jgn kerepot kerepot pula...relakss dapatkan kepercayaannya.

6) UNDERWEAR
Bila dia daa berjaya potty training, tunjukkan ni underwear mama. Orang besar tak pakai pampers, orang besar pakai underwear. Kalau kakak daa tak kencing malam, mama belikan kakak underwear cantik cantik. Oleh itu bila malam, kalau rasa nak terkencing dia akan gerak anda untuk ke toilet. 2-3 malam dia berjaya berbuat demikian, belikan underwear kanak2 yg comel dan cantik. Pasti dia akan gembira sekali.

Sekian, semoga berjaya potty training ibu ibu sekalian.

Kakak, adik Uwais dan Mama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...