Sunday, February 23, 2014

AURA, Mulut Masin & Sheikh yg Zuhud

Assalamualaikum Selamat Petang...daa lama tak update, sangat rindu nak berceloteh dgn keyboard ni ;). Hari ni nak bercerita pasal AURA, sebenarnya saya dlm proses memperbaiki minda, percakapan dan sangkaan ke arah lebih positif dan baik. Ni antara azam saya 2014. Kenapa demikian sekali azam saya??

Dulu ada adik beradik, kawan sekerja bagitau saya ni mulut masin... but yaa i don't care, dan pada saya semua ini takdir Tuhan. Tapi setelah pelbagai percakapan dan lintasan minda saya kerap terjadi, ianya mula menghantui. Di mana saya harus berubah utk bercakap perkara baik, bersangka baik dan fikir yg baik baik sahaja supaya ianya menjadi doa yg baik.


Bila saya terbaca kisah si kaya dan si miskin yg zuhud dlm Al-Quran...baru lah saya sedar istilah mulut Masin ini sebenarnya betul-betul wujud. Dan bila saya rewind balik beberapa perkara yg saya secara tak sengaja berfikir or berkata demikian. Ianya betul2 terjadi.

Diantaranya, bila saya ternampak H.P suami yg daa buruk, terlintas difikiran H.P ni nak kena tukar baru...selang beberapa minit kemudian H.P itu terjatuh dlm tandas cankung. Of course kena tukar baru.

Ada seorg wanita mengandung ni telah menyusahkan saya, "back stabber", cerita bukan bukan dan menghina saya. Terlintas di hati, "Dia ni daa laa mengandung, buat macam ni..tak takut ke susah bersalin nanti", saya beristigfar panjang selepas itu dan mohon pada Allah supaya jgn susahkan bayi dlm kandungan itu dia tak bersalah, yang bersalah adalah ibunya. Saya mohon pada Allah suapaya anak ituu selamat dan menjadi pembimbing kepada ibunya.

Ditakdirkan wanita itu memang susah bersalin, setelah berjam jam menungu, air ketuban daa keluar, jalan utk bersalin tak buka buka walaupun itu merupakan anak ke 3, dimana selalunya org beranak kerap ni mudah bersalin Oleh itu terpaksa dibedah utk menyelamatkan anaknya dari lemas.

Dan banyak lagi. Dulu pada saya ini semua takdir...namun setelah terbaca kisah dlm Al-Quran, saintis bercerita tentg telepati, alpha wave... Baru lah saya berfikir semula. Memang betul semua ini adalah takdir Allah, namun apakah ianya sesuatu yg kita usahakan, sesuatu yg kita doakan?

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya cuba test AURA. Saja saja apakah benar teknologi ini bertepatan dgn AURA sifat manusia. Dan keputusannya hampir 80% naluri, gerak  hati atau telepati saya sangat bertepatan. Macam tak percaya...ini lah pertama kali Mulut Masin saya di pastikan oleh teknologi.

Walaubagaimanapun segalanya saya serahkan pada Allah, hanya Allah yang tahu hakikat sebenar hambanya. Apabila melihat beberapa perkara yg saya sebut, saya fikir sangat bertepatan dgn apa yg terjadi, makanya sebagai hamba saya ingin berubah untu bercakap dan berfikir perkara yg baik baik. Doa kan saya yaa.

Berbalik kepada cerita AURA...ada seorg sheikh ini yg amat Zuhud orgnya, pernah memberitahu saya yg suami saya ni memiliki tenaga dalaman, seorg yg bersih, oleh itu kerohaniannya tinggi... jika dia mengamalkan solat dgn betul, solat malam, berzikir dan amalan2 kerohanian lain dia boleh menjadi org alim. dan sheikh menyatakan dia teringin sekali mengajar suami ilmu agama, kerana hatinya mudah menerima. Namun ketika itu saya hanya mendengar bagai angin lalu. Bila test Aura suami, teknologi itu telah mengeluarkan keputusan yg suami saya " ruh kerohaniannya sangat tinggi, hubungan spiritual yang sangat kuat dan memiliki tenaga dalaman"

Terus terlintas wajah Sheikh yg zuhud dan alim itu, masyaallah sungguh Allah tidak menyia nyiakan hambanya yg zuhud, yg malam malamnya dipenuhi dgn solat tahajud, yg memberi manfaat kepada manusia tanpa mengharapkan apa2 balasan. Beliau tidak memerlukan teknologi apa pun, untuk meberitahu anda dgn tepat sifat sifat anda. Mulai hari ni saya nak mendengar betul betul segala nasihatnya insyaallah, sesungguhnya percakapan orang2 zuhud ini bukan lah percakapan yg sia sia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...