Thursday, January 2, 2014

Bagaimana Membesarkan Bayi Supaya Pandai?


Sebagai ibu bapa, kita tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk membesarkan anak agar mereka menjadi pandai. Kita hanya perlu menjadi ibu bapa yang memainkan peranan yang sebenar.

Artikel ini akan membongkar 5 rahsia membesarkan anak menjadi pandai, semenjak mereka masih bayi lagi.



1 // Bina Jaringan Keselamatan Bayi

Seperti mana wanita, seorang bayi juga perlukan perasaan selamat. Jika bayi anda tidak berasa selamat, mereka tidak akan mampu belajar benda baru. Begitulah yang diperkatakan oleh Tracy Cutchlow dalam bukunya ‘Brain Rules for Baby’.

Bagaimana cara untuk membuatkan seorang bayi berasa selamat?Kerapkan menyentuh, mengurut dan berborak dengan bayi anda. Ini akan membina sebuah lingkungan yang selamat buat bayi tersebut seterusnya memudahkan proses pembelajaran si comel anda.

2 // Ceritakan Hari Anda Kepada Bayi

Pakar sangat menggalakkan kita banyak berkomunikasi dengan bayi.

‘Otak adalah…,’ kata Dr. Jill Stamm, salah seorang penasihat laman web Children’s Learning Adventure, ‘…sebuah organ yang mencari-cari pattern. Semakin banyak pattern bahasa yang didengari oleh bayi, semakin mudah untuk dia memahami dan menguasai bahasa tersebut.’

Bagaimana cara kita membina kekuatan bahasa dalam diri bayi? Ada tiga kunci : bilangan perkataan, kepelbagaian dan kerumitan perkataan, serta cara kita menyebut perkataan tersebut kepada bayi.

Dengan cara bercerita kehidupan seharian kita kepada bayi, sudah tentu ketiga-tiga kunci tersebut akan digunakan.

3 // Melaburlah Dalam FaceTime

FaceTime yang dimaksudkan disini bukanlah perisian aplikasi oleh syarikat Apple yang membolehkan dua orang berkomunikasi secara jarak jauh. FaceTime yang diperlukan oleh bayi pintar ialah ibu bapa yang sering melakukan pelbagai jenis ekspresi muka kepada bayi tersebut.

Jadikan bayi anda tertawa dengan muka anda, nescaya otak mereka yang lebih cepat dan sihat berkembang. Dalam erti kata lain, buat muka “bodoh” untuk jadikan bayi anda pandai !

“The brain needs breaks. If they are disengaging, don’t try to force it” – Tracy Cutchlow

Tapi ingat, jangan lupa bayi juga perlukan rehat. Perhatikan tanda-tanda, berikan bayi anda sela masa kerana ketika rehat, mereka akan proses apa yang dipelajari melalui ekspresi muka anda tersebut.

4 // Hadkan Masa Bayi Anda Bersama Tempat Duduk

Tidak dinafikan membesarkan bayi yang pintar adalah proses yang memenatkan (walaupun seronok!). Jalan mudah, ibu bapa sering meletakkan bayi mereka di tempat duduk – stroller, car seat dan sebagainya – walaupun di dalam rumah. Ini juga dilakukan atas faktor keselamatan bayi itu sendiri.

Apa kesan buruknya? Pergerakan bayi anda akan menjadi terhad. Sedangkan, mereka perlu dibiarkan bebas untuk melihat ke kanan dan ke kiri, dan bertindak balas dengan apa yang di belakang dan depan.

Barulah jadi pandai.

5 // Tunjukkan Melalui Jari Dan Sebut Nama Objek

Kajian oleh Profesor Psikologi, Ross Flom mengatakan bahawa bayi akan belajar dengan lebih pantas apabila kita tunjukkan jari kita pada mana-mana objek dan sebutkan nama objek itu.

“Point at it, talk about it, describe it” – Ross Flom.

Pada awalnya, bayi mungkin hanya melihat kepada anda walaupun anda menunjukkan jari pada sesuatu. Tetapi lama kelamaan – terutama bulan ke9 -bayi anda akan turut melihat apa yang anda tunjukkan. Bayi juga ketika membesar akan mula mengambil objek tersebut dan membawakannya pada anda.

Ini tanda bayi anda sudah mampu mengenali sesuatu selain anda dan dirinya.

Mari kita sama-sama memainkan peranan sebagai ibu bapa yang baik dengan mengamalkan 5 rahsia ini.

Credit to lifemacaroni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...