Sunday, December 15, 2013

"Tak Susah Ke Nak Jaga Anak Rapat-Rapat?" Soalan Lazim Orang tanya aku

Selalu juga aku terima soalan “anak rapat rapat tak penat ke”, “asyik beranak je bila nak pasang body”, “ mampu ke nak bela anak ramai ramai ni kewangan ok ke?”..macam macam lagi lah

Sebenarnya aku tak pernah ambil pusing pun apa orang cakap… Jawapan sejujurnya yg selama ni hanya ada dibenak hati bila mulut becok orang Tanya “ Aku percaya dengan Allah”. Tapii bila jawap camtuu orang ingat aku poyo pulok kan…so jawap laa jawapan yg diorang nak dengar senang.


“Susah tak nak jaga anak rapat rapat?”.. so jawapan standard “Susah laa juga..”
“ Nii mampu ke nak bela anak rapat rapat, kewangan ok?”… Jawapnya “Ituu laa kena budget juga nii”

Anak sulungku Aqilah NajLaa dilahirkan pada March 2011, so sekarang usianya dalam 2 tahun 8 bulan. Anak ke 2 pula Uwais al-Qarni dilahirkan Mei 2012, so sekarang usianya 1 tahun 7 bulan. Manakala adiknya Yaasin Al-Basyir hari ni 38 hari.

Masa Aqilah Najlaa dilahirkan ke dunia, memang kami diuji ujian besar, anakku terkena Sawan Tangis..menangis dari jam 8 malam sampai pagi. Masa tuu berpantang di rumah Mak, habis semua orang semput. Apa taknya tak boleh tidor malam malam dek tangisan NajLaa yang panjang dan kuat. Ayah, Mak, Suami semuanya demam, hanya aku je Maknya yang tak demam.

Tup tup…bila Najlaa berusia 3 bulan badan ni rasa letih sangat, macam nak semput ingatkan terkena Asthma.Since memang ada sejarah childhood asthma..tapi bila check Dr ta daa...TAHNIAH!! Puan Mengandung lagi. Mesti ada yang ingat aku frust, menangis sampai lebat-lebat, salahkan suami ??. Takde maknanya… Aku senyum je, Redha dengan pemberian Allah.



Balik kerja aku bagitau suami yang ayang nii mengandung anak ke 2. Suami gelak gelak ingat bergurau. Bila aku bertegas yg aku memang mengandung anak ke 2. Suami terdiam 2 hari… selepas hari ke 2, dia cakap “Takpe rezeki Allah, Allah tak beri anak ni kalau kita tak mampu”. Alhamdulillah syukur suami dapat terima, aku faham situasinya yg letih penat 2 bulan tidor tak tentu arah jaga Najlaa.

Tak perlu bimbang Islam daa ajar “ Allah tak uji hambanya kalau tak mampu..”, dan “setiap yang berlaku ada hikmahnya” dan “Ujian Allah itu tanda Dia sayang pada MakhlukNya”

Semua kata kata tuu bukan hanya pepatah indah dibawa angin lalu…semuanya mempunyai maksud yg penuh pengertian.  Berikutan Najlaa diuji dengan sawan tangis, hikmahnya hari hari kami berkepit dengan ayat Al-Quran. Memandangkan Najlaa mengalami Hijab yang Terbuka…rumah kami perlu diterapikan Ruqyah 3x sehari.  Bagi mengelakkan makhluk halus memasuki rumah. Dari situ ku kenal tikar sejadah juga. Hari hari pun sembahyang 5 waktu insyaallah kecuali hari "cuti perempuan". Cuma kali ini ku kenal sejadah untuk solat malam… kepada siapa lagii nak minta pertolongan kalau bukan Allah. Kadang2 menangis lebat, bukan menyesal melahirkan Najlaa, tapi menangis memohon pertolongan dari Allah.


Anak ke dua kami Uwais, maksud namanya Pemberian. Selain itu pemilik nama sebenar Uwais Al-Qarni adalah Tabiin dari Yaman yang makbul doanya. Dari kisah sejarah Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yg amat taat kepada ibunya sehingga dia diangkat kemakam anak Soleh dan disebut sebut nabi s.a.w kepada para sahabat.

Uwais anak ke 2 kami ni Alhamdulillah sangat mudah ketika dilahirkan Start Contraction pertama sehingga Uwais dilahirkan hanya mengambil masa 57 minit. Masa contraction pertama bukaan baru 2cm, doktor suruh balik, tapi aku tak nak turun katil, selepas 5 minit bukaan daa 8cm.masyaallah. Bayangkan kalau aku balik, bersalin atas kaki 5 hospital jawapnya.

Uwais tak banyak ragam, dia takgemar menangis sampai aku tak ingat sangat bagaimana membesarkan Uwais. Jika Ibu beranak kecil selalunya akan berjaga berkali kali waktu malam sebab baby nak menyusu dan bagai. Tidak dengan Uwais, aku boleh tidor lena. Bila Uwais lapar, dia hanya mengeluarkan bunyi “ uuu…uuu…uuu” Begituu lah Uwais, segala keperluannya..bila rimas, basah, lapar hanya ku tahu dgn bunyi "uuu...uuu...uuu". Sehinggalah aku tetapkan sendiri, tiap2 malam uwais akan minum susu  3x. Tapi daa besar ni, bila barangnya direbut kakak.. pandai juga uwais menangis tanpa air mata, klu ada Air Mata tuu aku pun menangis sama. Maksudnya memang teruk laa situasi tuu kalau uwais ada air mata.

Pernah tetamu tumpang rumah masa dalam pantang. Dia cakap “kalau tak kerana saya Nampak baju baby disidai diampaian, saya tak tahu pun rumah ni ada anak kecik”, begituu lah juga jiran dekat rumah yang hairan tengok baju budak kecik disidaikan diampaian…babynya tak pernah dengar bunyi.  Jika Najlaa ada juga tunjukkan perangai dapat adik baru ketika Uwais dilahirkan. Uwais pula ketika menyedari keberadaan Yaasin, tiap tipa hari dia cuma cium Yaasin dan membelai rambutnya.

Anak ke 3 kami Ahmad Yaasin Al Basyir, kami namakan sempena nama dan gelaran kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya usaha pencarian nama Yaasin menemui jalan buntu. Sampailah beberapa hari Yaasin dilahirkan ke dunia. Aku dan suami panggil dia macam macam nama, sehingga laa bila dipanggil YAASIN dia bagai menyahut panggilan tu. 3x kami ulang namanya, setiap kali tuu dia macam menyahut. So dia dinamakan Yaasin. Semasa bertahnik Syeikh Amin, mengulang ulang bacaan awal surah Yaasin..dan setiap kali itu Yaasin senyum dan pandang kepada Syeikh Amin.

Yaasin pun lebih kurang Uwais perangainya..mungkin anak lelaki kot berbeza dengan anak perempuan. Tapi dia tahu jugak menangis bila lapar, pampers basah, nak tidor..kesunyian atau kadang kadang saja nak suruh mak dia dukung. So far Yaasin tak berapa nak dekat dengan orang lain lagii, So maknya laa peneman setia. Apa pun mama doakan Yaasin menjadi anak Soleh, penyejuk mata mama dan papa.


“ Tak Susah ke nak jaga anak rapat rapat??”… Karang  aku jawap tak susah korang mental pulak ha ha. Sebab selalu yang bertanya tuu bila Tanya, siap muka berkerepot repot cam susah sangat, macam dia pula bela anak aku. Tipuu laa tak susahkan… tapi takde laa susah sangat. Tak perlu mengeluh, Allah beri anak rapat rapat tuu sebab awak mampu nak jaga insyaallah…insan terpilih je dapat ujian ujian macam ni ha ha. Mesti korang muntah hijau baca ayat tuu. Bersangka baik lah dengan Allah…tak perlu kita nak mempersoalkan urusan Allah.

Yang lagi tak best, Bila orang Tanya “ anak rapat rapat ni cukup ke duit, stabil ke kewangan” Alahai, kepada yg bertanya tak pernah dengar yea Anak ni rezeki…setiap anak ni ada rezekinya masing masing, jangan lah takut kepada kemiskinan. So Allah daa janjikan…yang sibuk nak mempersoalkan janji Allah tuu kenapa.  Alhamdulillah seiring dengan pertambahan anak, begitu juga dgn rezeki yg Allah berikan...Alhamdulillah so far cukup. Lagi pun anak dekat dekat ni barang barang baby boleh recycle je. Tak perlu beli baru. Jimat banyak daa kat situ.

Tengok.dah panjang pulak aku membebel. -_-" haha.

So the conclusion is, pada aku susah senang jaga anak anak yang lahir rapat rapat ni adalah atas diri kamu sendiri. it's up to you!kalau pandang secara negatif, memang rasa penat dan letih melayan karenah mereka yang baru nak membesar.

Tapi kalau buat secara positif,fikir anak adalah amanah Allah yang tiada tanding nilainya,sampai bila bila kita ibubapa tiada masalah dalam mendidiknya. Pada aku, suka plok tengok anak ku rapat rapat. Kakak lebih berdikari, abang berdiplomasi dan Yaasin kecik lagi so tak Nampak lagi bakatnya. Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...