Friday, December 13, 2013

Cara Jimatkan Ruang Simpan Stock Susu EBM

Anak Soleh Yaasin Al-Basyir
Alhamdulillah Hari ni merupakan hari ke 36 bayi indah pemberian Tuhan, Yaasin Al-Basyir di lahirkan ke dunia. Syukur, Allah mengurniakan Susu Ibu yang secukupnya untuk Yaasin. Sekarang memikirkan cara bagaimana nak menjimatkan ruang untuk menyimpan Stock susu EBM Yaasin. Ada juga terfikir untuk memberi Susu ibu kepada abang dan kakaknya Permata Jantung Hati mama iaitu Kakak Aqilah Najlaa'dan Abang Uwais Al-Qarni.

Kakak Najlaa dan Abang Uwais
So surf internet ni terjumpa pelbagai cara untuk jimatkan ruang simpanan stock EBM . Maklum laa, nak beli Freezer tarif electric daa nak naik tahun depan, nak simpan dlm peti Ais bahagian Freezer berebut tempat dgn ikan, ayam, nak stockkan as Chill je tak tahan lama kan... So ini adalah cara paling mudah, murah dan selamat untuk simpan stock Susu EBM, paling penting Jimat Ruang Peti Ais.


Pertama sekali bahan bahan yang diperlukan untuk menyimpan susu:
1) Masking tape
2) Pen/ Marker
3) Breastmilk storage bag

Masking tape dan marker tuu untuk tandakan tarikh, jam, sesi keberapa Pump. Saya lebih suka tulis nombor juga. So takler berair mata dok tilik tarikh ha ha, just pick up by number je. Cth hari ni guna Susu bertanda No 1-6, esok 7-12 pulok..senangkan.


Susu yang dipump perlu di chillkan dulu. Kemudian dimasukkan ke dalam Breastmilk storage bag secara seragam. Contoh jika anak minum 3oz , so masukkan 3oz je laa setiap bag.

Ni contohnya... masukkan Susu dalam sukatan seragam mengikut demand anak. Ada yang masukkan 3oz... ada 4oz.


Kemudian, simpan susu dlm bahagian Freezer dalam keadaan baring. Macam dalam gambar. kalau nak bagi perfectly rata dan comel gituu..letak dlm tupperware masa proses pembekuan, conform rata.


Setelah Susu dalam storage bag beku, susun cantik2 macam nii. Jimat ruangkan...sedap mata memandang. So susu, ikan, ayam tak perlu bergaduh berebut ruang he he. Ok jom mulakan penjimatan Ruang peti Ais...so jimat duit nak beli Freezer, jimat elektrik juga.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...