Saturday, December 21, 2013

Anak Mama main Homemade Playdough Jom Teropong

Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk habiskan masa berkualiti dgn anak anak. Pagi pagi lagi mama bangun buatkan Homemade Playdough untuk anak anak. Objektifnya adalah untuk mengasah skill diorang, belajar besar kecik, objek, binatang, huruf dan apa saja berkaitan. Jom teropong anak mama main.



Anak anak belajar buat pokok dan diri mereka. Yang bentuk orang tuu Abang Uwais.


Mereka juga belajar bentukkan huruf menggunakan tikar A B C ni sebagai acuan.


Huruf-huruf yang dibentuk, diletakkan dlm pinggan.


Ni laa 3 orang anak mama..Kakak Aqilah Najlaa, abg Uwais Al-Qarni dan yg kecik Yaasin Al-basyir tu baru 45 hari usianya.


Ni laa homemade playdough mama buat, tak banyak warna...pewarna makanan kat dapur ada yang ituu jek.


Kakak Najlaa menguli dough untuk membentuk playdough...nii pun salah satu skill gak. Skill buat roti, bun ha ha.


Kakak tgah buat bola bola.

 

Mereka guna acuan kuih bentukkan bunga dan bagai nii


Ini kagroo kakak... bila  daa siap buat, kagroo kakak tak lompat macam dalam TV, Kakak sedih dia bagitau mama, kangroonya mati...terpaksa laa mama pujuk kata kagroonya tidor hu hu. Feeling pun boleh masuk sini...camne tuu.

Kalau berminat nak buat Homemade Playdough ni haa meh amik resipi:

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 2/3 cawan air
1cawan garam

CARA CARA:
Campur semua bahan sehingga rata. kacau atas api sehingga boleh diuli.Bahagikan beberapa bahagian dan letakkan pewarna. Uli sampai bentuk playdough.

Sekian, JOM SHARE DGN KAWAN KAWAN MOGA BERMANFAAT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...