Monday, December 9, 2013

15 Tips Menenangkan Bayi Menangis


Sebagai Ibu Bapa melihat bayi menangis adalah sesuatu yg merisaukan. Cuba lihat samada bayi anda kelaparan, diapersnya perlu ditukar, atau bayi mengantuk. Jika tidak di sini ada beberapa tips yang amat membantu mengatasi bayi menangis.



Nasihat terbaik untuk ibubapa kepada bayi yang menangis ialah untuk bertenang. Dan jika anda tidak rasa tenang, berpura-puralah! Biarkan setip usaha untuk menenangkan mengambil masanya sendiri. Contohnya, jangan tukarkan posisi serta-merta jika ia tidak membantu; tunggu untuk beberapa minit, cuba lagi selepas jangkawaktu yang lebih panjang sedikit. Kesabaran dan konsisten boleh jadi cukup untuk menenangkan anak anda Disini ada 15 strategi penenang untuk dicuba:

• Dukung bayi anda dibahu, kepalanya melekap kepada pipi anda. Dengan meletakkannya di bahu, boleh membantu menenangkan belakang dan perut bayi anda.

• Melihat sesuatu yang baru boleh mengalihkan pandangan mereka, seperti pokok yang bergerak-gerak didalam angin atau benda bermuzik yang bergerak.

• Bayi sudah biasa menyelit diruangan yang sempit (bayangkan betapa sempit ruang sewaktu minggu-minggu akhir mereka didalam rahim ibu), jadi kereta sorong atau katil bayi adalah terlalu besar dan menakutkan. Gunakan selimut untuk mengurangkan ruang dan bayi akan dapati mudah untuk tenang. Balutkan bayi dengan kain selimut, jangan ketat sangat atau panas sangat, tetapi ia boleh memberikan rasa selesa apabila dibalut sewaktu anda masih kecil.

•Mandi sebelum tidur juga bagus untuk menenangkan.

• Letakkan bayi pada kain pendukung bahagian hadapan atau sling, cukup tinggi untuk anda dapat mengucup dahinya. Bayi anda akan rasa hangat, dapat menghidu bau anda, mendengar degupan jantung anda, dan berbuai apabila anda bergerak.

• Bercakap, menyanyi dan bersenandung – atau apa sahaja

• Rendahkan suara dan dengan bunyi yang tidak terlalu berat sekitar bayi anda. Ada kanak-kanak yang sangat sensitif dan mudah jadi sangat penat dan terlalu teruja

• Dakap bayi rapat pada anda bila dia menangis. Kebanyakan bayi suka bila badannya rapat pada anda.

• Mula menyanyi, tukar posisi, atau geletek perut kecil itu – mengalih pandangan dan kejutan boleh mengurangkan airmata.

• Menepuk punggung bayi dengan rentak tertentu adalah kaedah yang terbukti boleh menenangkan bayi anda.

• Kebisingan tertentu – anda mungkin rasa dapati bunyi vakum, mesin basuh, kipas ekstraktor atau pengering rambut bising, tetapi bayi mendapati ianya kadangkala mengasyikkan. Jika menyusu badan berguna, tetapi bayi masih belum puas, cuba gunakan blanket atau jari kecil anda untuk dihisap. Ada bayi yang mahu menghisap lebih dari makan,

• Tolak kereta sorong kehadapan dan kebelakang diatas sesuatu bonggol, seperti gulungan alas kaki.

• Udara segar juga boleh menenangkan bayi, Malangnya adalah satu mitos bahawa semua bayi suka menaiki kereta sorong. Anda ada tip?  kongsikannya disini!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...