Wednesday, November 20, 2013

KISAH BENAR DARI LABOUR ROOM: TAUBAT

Beberapa hari sebelum Hari `Arafah 9 Dzulhijjah 1434 bersamaan Isnin 14 Oktober 2013, saya terbaca satu artikel berkenaan kelebihan seorang wanita di sisi islam antaranya Wanita yg melahirkan bayi kembali fitrah dan jika ia mati, kematiannya adalah syahid.

Oleh itu saya terfikir “ Jika seorg wanita itu kembali fitrah setelah melahirkan bayi, bagaimana Allah mensucikan dosa dosanya…. dan pada akal saya yg cetek ini membuat perkiraan,  Pastinya melalui kesakitan ketika melahirkan bayi… Oleh itu Jika anda melahirkan bayi dlm keadaan bertaubat, mungkin kurang dosa yg dihisabkan Allah”


Saya dihantui dgn perasaan berdosa dan bersalah, takut utk menghadapi proses bersalin yg bakal menfitrahkan dosa, pasti getir sekali kesakitannya.Saya benar benar berharap dosa saya terampun sebelum saya melahirkan bayi dalam kandungan.

Beberapa hari kemudian adalah hari Arafah. Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk berpuasa pada hari tersebut.Pada hari arafah kita disunatkan untuk berpuasa. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

 “Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)

Memandangkan ketika itu sedang sarat mengandung, bagai buah masak menanti gugur, saya memang sangat lapar, sampai tengahari mengigil kelaparan apatah lagi terlepas sahur, hampir hampir gagal menyempurnakan Puasa. Saya sabarkan diri dgn kisah indah Hari Arafah, “Apalah sangat Kelaparan ini berbanding dosa setahun dulu dan setahun akan dating yg Allah akan ampunkan”

Selain itu 2 minggu setelah hari Arafah saya ada mengerjakan beberapa kali sunat taubat ketika bangun malam dan sunat taubat setelah dhuha. Ketika dimaukkan kedalam wad, saya memohon ampun dan maaf serta redha ayah bonda serta suami tercinta, serta memohon maaf pada kawan kawan terdekat. Pada Khamis Malam Jumaat 7 Nov 2013, ketika di wad menunggu masa utk bersalin saya turut mengerjakan sunat taubat sebanyak 3x dan membaca surah Taubah tapi tak habis.

Inilah amalan berlainan yg saya lakukan ketika menanti saat utk bersalin. Dan kelainan yg saya rasakan adalah:

1)      Pada pagi Khamis 7 Nov 2013, dgn ditemani suami saya ke KMC utk Maternity Check Up. Saya memaklumkan kepada Dr terdapat regular contraction dan seperti bayi menolak ke bawah. CTG dilakukan dan keputusannya setiap 10 minit terdapat 3 contraction… Jalan beranak daa terbuka 2cm.  Namun saya tidak merasakan sebarang kesakitan. Dr tetap memasukkan saya kedlm wad.

2)      Contraction bertambah, namun saya tetap tidak merasakan sebarang kesakitan…menyebabkan esoknya Jumaat 8 Nov 2013, saya dimasukkan ke labour room dan diberi ubat.Hampir habis sebotol ubat itu dimasukkan saya masih tidak merasakan sakit nak bersalin, Jalan daa terbuka 5cm. Nurse memaklumkan Ubat akan ditingkatkan jika saya masih tak sakit. Dengar yg Ubat akan ditambah, saya takutt lalu berdoa dlm hati “ Ya Allah saya tak nak ubat ni ditambah permudahkan urusan ku Ya Allah”.  Beberapa minit kemudian baru lah saya merasa sakit nak bersalin.

3)      Setelah 3x push Lahirlah bayi Lelaki seberat 4.1kg pada 1 tengahari 8 Nov 2013, bersamaan 4 muharram. Alangkah baiknya Hari tersebut..penghulu segala hari, dan pada 10 hari yg amat baik disisi Islam

AHMAD YAASIN AL-BASYIR

4)      Setelah selamat uri dikeluarkan dan jahitan, saya merasakan seolah olah saya bukanlah baru saja bersalin. Saya seperti orang Normal, saya rasa sihat dan kuat Alhamdulillah. Malah di bahagian perut dan miss ‘V’ yg baru dijahit pun saya tidak merasa sakit. Walaubagaimanapun saya sedar, badan ini lemah, mana mungkin sama dgn org yg tidak melahirkan bayi

5)      Beberapa hari setelah bersalin, suami memaklumkan yg kelahiran kali ini saya tidak pucat, dan Nampak berseri seperti sebelum mengandung.

6)      Bila bidan datang pada hari ke 7, antara perkara pertama yg dicakapkan bidan “Awak ni macam orang daa lepas pantang” muka kuku mulut semua merah..tak pucat macam selalunya.

Disini bukan lah saya nak bercerita betapa hebatnya saya, semoga Allah melindungi saya dari rasa ujub dan takbur…. Di sini apa yg ingin saya kongsikan bersama bagaimana sunat Taubat yg seikhlasnya kepada Allah amat membantu memudahkan kelahiran, seperti yg saya fikirkan “ Jika seorg wanita itu kembali fitrah setelah melahirkan bayi, bagaimana Allah mensucikan dosa dosanya…. dan pada akal saya yg cetek ini membuat perkiraan,  Pastinya melalui kesakitan ketika melahirkan bayi… Oleh itu Jika anda melahirkan bayi dlm keadaan bertaubat, mungkin kurang dosa yg dihisabkan Allah. Wallahualam moga bermanfaat utk kita semua”

Sekian Wallahualam

2 comments:

  1. tq saudari.perkongsian yang menarik.sy pn br saja mlahirkan ank ke 2 pd 7 nov 2013..perkara yg sama sy lakukan semasa mgandung seperti saudari amalkan dan terdapat perbezaan yang ketara dari segi kesakitan hanya 50 minit sje n proses bersalin dipermudahkan berbanding semasa bersalin anak pertama di mana pd masa ank pertama kurangnya amalan sunat dan terlebih kepada excitednya nk mendapat anak..syukur ya allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tahniah. Moga dgn Artikel ini memberi manfaat kpd ibu2 yg sedang hamil.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...