Wednesday, September 4, 2013

Minyak Naik 20sen je, Apa Nak Hairan !!!

Walaupun minyak Ron95 daa naik beberapa hari, rakyat Malaysia masih cool…ada yang buat Flash Mob, tapi belum ada bantahan besar besaran. Tengok wall Fb ni ada yg bengang, geram , ada yg cakap alaa 20sen je apa nak heran…ada yg mempertahankan keputusan Najib menaikkan harga minyak dgn ulasan panjang lebar mengalahkan pakar ekonomi.


Korang perasan tak kenaikkan Harga RON95…adalah satu keputusan yg tergesa gesa, malah ada pihak2 yg sepatutnya mengetahui lebih awal keputusan kenaikkan harga Ron 95 ni tak tahu apa2, Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata harga minyak naik hanya khabar angin kerana kalau betul2 harga minyak naik sudah pasti ada hitam putih dari kerajaan (KOSMO, 5:15 pm, 2/9/13)


Dan tiba2 sejam setengah lepas tu dalam jam 6:44 petang, Berita Harian melaporkan Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengumumkan harga minyak petrol RON95 dan diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini. Kali ini betul2 punya takde khabar2 angin. Dan ya, nampaknya Pesamp pun tak terima hitam putih... kesian.


Sejurus lepas tu, berduyun2 la rakyat marhaen membawa kereta, lori, motor beratur pergi stesen minyak nak isi. Tapi orang Malaysia semua baik2, minyak naik apa masalah, beratur je la kat stesen minyak isi minyak 3 4 jam pun. Berbeza dgn Indonesia, rakyat buat demo dan merusuh sebab harga minyak naik.


PM kata ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Program Rasionalisasi Subsidi ni bukan benda baru, ia dah lama dirancang oleh kerajaan oleh unit PEMANDU yang diketuai oleh DS Idris Jala sejak tahun 2010 lagi. Mengenai Program Rasionalisasi Subsidi ini boleh tengok sendiri kat Portal 1 Klik ni, dan ia bukan melibatkan minyak sahaja tetapi juga barang keperluan lain seperti gula dan LPG di mana subsidinya akan dikurangkan secara berperingkat. Namun kali terakhir harga minyak RON95 adalah pada Disember 2010 .


PM kata kenaikan harga minyak adalah proses pengukuhan ekonomi. Persoalannya, kenapa sekarang? Kenapa hari ini? Kenapa beberapa bulan selepas PRU13? Kenapa 2 hari lepas Hari Kemerdekaan negara?  Dan aku tak Nampak Program ni betul…cuba korang fikir RON95 sekarang RM 2.10/Liter dan kerajaan kata masih mennagung subsidi RM 0.63, so harga sebenar Ron95 RM 2.73. Harga Ron97 minyak mahal dan lebih berkualiti hanyalah RM 2.70. “PERAK LAGI MAHAL DARI EMAS”… Kesian kan Kita Rakyat Malaysia diperbodohkan hidup hidup.

Sebenarnya harga Ron 95 lebih murah dari RM 2.73..so subsidi tuu tanggung siapa sebenarnya, beberapa puluh sen duit Rakyat yg kerajaan ambil setiap Liter minyak tuu pergi mana??? Najib kata pengurangan Subsidi ini adalah bagi mengukuhkan ekonomi…tapi harga minyak naik, harga kereta tak turun pun, harga barang asas tak turun pun, tol takde yang turun pun, pendidikan peringkat tinggi tak percuma pun, so ke mana hasil daripada penjimatan2 ni pergi?


Yang ada Tambang bas naik 30% hadiah kepada rakyat selepas PRU 13, kemudian dihadiahkan lagi dgn kenaikkan harga minyak wa ha ha…Kalau tengok manifesto BN untuk PRU13 ni, banyak lagi AKUJANJI yang tak dibuat, malah belum dimulakan pun..tapi daa macam2 HADIAH yg menyusahkan Rakyat marhean telah diterima, dan yg aku paling suka bila org2 keluar dari university…cakap alaa 20sen je apa nak heran, Phewww

Ada yg cakap ok lerr tuu Kerajaan menaikkan kadar BR1M lebih tinggiBR1M lebih baik daripada harga minyak yang lebih rendah? Daripada seluruh rakyat Malaysia, berapa peratus je yang dapat BR1M? Nak naikkan gaji dan bagi bonus pada penjawat awam? Berapa peratus je jumlah penjawat awam daripada jumlah rakyat di Malaysia? Dan realitinya:
  1. Harga minyak naik, harga barang naik.
  2. Kadar BR1M meningkat, harga barang naik.
  3. Orang kerja gomen naik gaji dan dapat bonus, peniaga naikkan harga barang.
  4. Harga minyak turun, harga barang tak turun pun.
  5. Harga Minyak Naik, kadar Jenayah...Penceraian Naik
So pusing la macam mana pun, realitinya harga barang semakin naik, harga keperluan asas naik, harga rumah naik, tambang bas naik, semua benda naik. So apa benda yang turun pun? Itu belum laksana GST lagi.


Dan org2 yg bercakap angkuh… sedar laa kenaikan harga minyak, merupakan kenaikkan berangkai… harga barang2 akan naik, gula, tepung, minyak akan naik, kita org besar2 boleh cakap besar...nun jauh disana ada rakyat marhean yg kais pagi makan pagi, yg saban hari menhitung syiling, yg anak anaknya baju pun tak bertukar dan kadang2 kelaparan, yg tak dapat beli susu tepung, hanya mampu beri susu pekat manis kepada anak2 kecil,  yg hanya naik motor nak tunggu roboh, apakah najib peduli, apakah kerajaan peduli dengan nasib mereka, or uuoollss nak cakap siapa suruh mereka malas, siapa suruh mereka msikin ??? 

*********************************************
Baru saja saya Post entry di atas..Hari ni Ron 97 dinaikkan 15 sen tanpa diumumkan, tiada ribut tiada angin, Ron 97 terpaksa dinaikkan sebab...cendiakawan mula sedar dan tertanya2 kenapa Ron 95 (minyak murah) lebih mahal dari Ron 97 (minyak mahal)...oleh itu utk cover line Ron 97 dinaikkan juga...dalam beberapa hari minyak Malaysia naik mendadak, hairan??? Siapakah penasihat Perdana Menteri ni dari Wad bahagia or tak pass tadika: 

Gambar Ehsan Malaysian Gags

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...