Saturday, August 24, 2013

DIET for The Biggest Loser



Anda juga boleh menjadi The Biggest Loser dengan mengikuti diet dan program kecergasan yang sama seperti yang digunakan oleh peserta dalam rancangan TV.

Diet The Biggest Loser merupakan diet rendah kalori yg terdiri daripada 4-3-2-1 (empat hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran, tiga daripada protein tanpa lemak, dua daripada bijirin penuh dan satu "tambahan"). Makan makanan yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein tanpa lemak, disertai aktiviti fizikal yg berat, anda akan kehilangan berat badan, kolesterol, tekanan darah menurun, dan menjadi lebih kuat dan lebih bertenaga.

The Biggest Loser 4-3-2-1 Foods Pyramid terdiri daripada setiap kumpulan makanan berikut:

• 4 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran
• 3 hidangan protein - tanpa lemak, sayur-sayuran, atau susu rendah lemak
• 2 hidangan bijirin
• 1 tambahan lemak, minyak, gula-gula atau pilihan anda, bersamaan dengan 200 kalori

Berikut adalah plan hidangan harian:

• Sarapan pagi: 1/2 hidangan protein, 1 hidangan karbohidrat, 1 hidangan buah-buahan
• Snek: 1/2 protein, 1 buah
• Makan tengah hari: 1 protein, 1/2 karbohidrat, 1 sayur-sayuran
• Snek: 1/2 protein, 1 buah
• Makan Malam: 1/2 protein, 1/2 bijirin penuh, sayur-sayuran 2

Anda digalakkan tidak mengambil  Processed Foods dan makanan yg berlemak, manis, atau masin. "Baca label makanan, dan jika anda tidak boleh menyebut beberapa bahan-bahan dalam senarai itu, jangan membelinya," kata Forberg, org penting The Biggest Loser. Ini bagi mengelak makanan yg mengandungi gula tambahan spt sucrose, lemak tambahan atau banyak garam.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah adalah lebih baik berbanding jus atau buah-buahan kering. Jika boleh sayur sayuran dan buah buahan disediakan mentah atau tanpa lemak tambahan (tanpa mayonis, thosand island)

Semasa Berdiet anda digalakkan mengambil wholegrain spt beras perang, oat dan sebagainya atau mempunyai sekurang-kurangnya 2 gram serat setiap hidangan roti atau 5 gram serat setiap hidangan bijirin, dengan tidak lebih daripada 5 gram gula. Pilihan protein termasuk daging tanpa lemak atau ikan, protein vegetarian (kekacang, tauhu) , atau tenusu rendah lemak. 

Masih lapar? Anda boleh makan lebih daripada empat hidangan sehari buah-buahan dan sayur-sayuran. Now your Choices, to be the Biggest Loser at Home, no need in Tv.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...