Monday, July 8, 2013

MAKANAN SUNNAH: KURMA dan Kebaikkannya

Anda tercari cari makanan yg kaya dgn pelbagai nutriens, jawapannya adalah Kurma.  Kurma bukan sahaja kaya dgn pelbagai vitamin dan mineral, ia turut menawarkan banyak faedah kesihatan. Sebab itulah Kurma adalah makanan Sunnah. Islam sentiasa menawarkan yg terbaik utk umatnya. Berikut adalah sebahagian nutriens yang  terkandung dalam 100g kurma.

Serat - 6.7 gram. 27% RDA.
Potassium - 696 miligram. 20% RDA.
Copper - 0.4 miligram. 18% RDA.
Mangan - 0.3 miligram. 15% RDA.
Magnesium - 54 miligram. 14% RDA.
Vitamin B6 - 0.2 miligram. 12% RDA.
Dan Lain-Lain


Disamping rasanya yang manis dan Sedap berikut adalah beberapa Manfaat kesihatan buah kurma:

1. Menggalakkan KESIHATAN PENCERNAAN, MELEGAKAN SEMBELIT - Serat adalah penting untuk kesihatan kolon dan usus . Serat larut dan tidak larut yang terdapat dalam Kurma membantu membersihkan sistem gastrousus, membolehkan kolon untuk bekerja di tahap kecekapan yg tertinggi. Selain itu kurma mengurangkan risiko kolitis, kanser kolon, dan buasir.

2. Meningkatkan KESIHATAN JANTUNG - Di samping menggalakkan kesihatan usus, serat juga menyerap kolesterol dan ini bagus utk kesihatan jantung.

3. ANTI-RADANG - Kurma kaya dengan magnesium - mineral anti-radang. Satu kajian mendapati bahawa "penunjuk keradangan dalam badan seperti CRP (protein C-reaktif), TNF (tumor nekrosis faktor alfa), dan IL6 (interleukin 6) berkurang apabila pengambilan magnesium meningkat." Selain itu, magnesium berkesan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, artritis, penyakit Alzheimer, dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan keradangan.

4. MENURUNKAN TEKANAN DARAH-KUrma juga kaya dgn mineral Potassium , sangat membantu dlm menurunkan tekanan darah tinggi

5. MENGURANGKAN RISIKO STROKE - Selepas menilai 7 kajian yang diterbitkan dalam tempoh masa 14 tahun, penyelidik mendapati risiko strok dikurangkan sebanyak 9% dengan pengambilan 100 miligram magnesium setiap hari. Kajian ini boleh didapati dalam American Journal of Clinical Nutrition.

6.  KEHAMILAN YG SIHAT - Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi yang melibatkan 69 wanita hamil mendapatai, wanita hamil yg gemar mengambil kurma pada  4 minggu terakhirakan memudahkan proses kelahirang dan tidak perlu diinduce.

7. MENINGKATKAN KESIHATAN OTAK – Kajian menunjukkan pengambilan Kurma yg kaya vitamin B6 ,  vitamin yg dikaitkan dengan prestasi otak mendapati mendapat skor ujian lebih baik.

8. Kurma kaya kandungan zat besi (iron) dan membantu MENCEGAH ANEMIA. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan kerapuhan gigi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...