Monday, July 8, 2013

Amalan Umat Islam di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

1. Berniat puasa pada malam harinya.

2. Makan sahur serta sunat mentakhirkan sahur- hingga tempoh antara makan
dan solat subuh, sekadar membaca 50 ayat al Quran

3. Meninggalkan kerja,perbuatan seperti perkataan keji, mengumpat org lain.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

5. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktu berbuka puasa.

6. Mulakan Berbuka dengan buah kurma dan manisan.

7. Memperbanyak doa ketika berbuka spt memohon keampunan Allah atas dosa dosa yang pernah dilakukan.

8. Banyakkan bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa, fakir dan anak anak yatim

9. Menghidupkan malam ramadhan dengan solat-solat sunat atau qiyamulail.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

10. Memperbanyakkan tadarus/membaca Al Quran di rumah atau di masjid. (Sebab Rasulullah pada setiap malam Ramadhan belajar alQuran dari Jibril a.s. serta mempebaiki lafaz dan tajwidnya)

11. Memperbanyakkan istighfar, zikirullah dan berdoa untuk mendapat keampunan
Allah swt.

12. Mengerjakan Solat terawih

13. Iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Niat pada permulaan Iktikaf “ Sengaja aku beriktikaf pada 10 malam terakhir kerana Allah”

Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : ... Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad (At-targhib wa At-tarhib 2/149 - 150)

14. Berusaha mendapatkan ganjaran lailatul Qadar.

Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahwa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman Allah :
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W: وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

"Dan barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul qadar semata-mata karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah , niscaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." HR. al-Bukhari.

15. Memperbanyakkan istighfar pada malam terakhir ramadhan.


16. Mengeluarkan zakat fitrah (bermula terbitnya bulan ramadhan hingga 1 syawal sebelum solat aidilfitri dimulakan)

17. Mengerjakan Umrah bagi yang mampu.
“Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...