Sunday, January 13, 2013

Telepati: Keajaiban Kuasa Minda


Pernah dengar perkataan Telepati??? Ia adalah satu keajaiban yang sukar diterangkan. Namun seseorang yg mampu memiliki kebolehan Telepati atau dilahirkan semulajadi dgn keajaiban ini sangat beruntung, kerana dia berkuasa untuk mengawal orang orang disekeliling dgn baik.

Apakah Telepati?

Telepati adalah pemindahan  pemikiran dari seseorang (penghantar) kepada orang lain (penerima) tanpa menggunakan saluran deria normal. Keupayaan untuk berkomunikasi pada tahap tinggi tanpa memerlukan lisan dan tulisan. Orang yang memiliki kebolehan Telepati berupaya menghantar dan menerima tenaga fizikal, emosi dan mental atau gabungan tenaga ini tanpa melalui 5 deria- penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Ia sepertinya Naluri.



Semua orang mempunyai kebolehan Telepati terpendam. Contohnya pernahkah anda rindukan seseorang, bila anda hubungi si dia, orang tersebut juga sedang merindui anda. Pernahkah anda sakit mengelupur, entah kenapa, tiba tiba anda menerima panggilan yg adik anda meninggal kemalangan. Anda mengelupur kerana turut menangung sakit adik anda disaat dia bergelut dgn luka parah accident dan kematian. Itu lah Telepati.

Telepati boleh dikuasai lebih mudah dari yang anda sangkakan. Ia boleh dikuasai melalui latihan Telepati dan Meditasi. Kosongkan fikiran, jgn ingat perkara yang lepas, akan datang atau apa2 masalah, kosongkan fikiran, pusatkan diri anda di satu tempat, tumpukan perhatian, ini boleh membantu anda menguasai telepati.

Latihan Telepati?


  • Dapatkan 5 objek yang mempunyai warna berbeza ( Cthnya: buku warna ungu, pemadam hijau, pensel merah, pen biru, kertas putih) 
  • Kosongkan fikiran, Beri tumpuan pada fikiran anda, Fokus "anda di sini, kosong" tiada masa lalu, dia masa akan datang kosong...benar benar kosong, jangan fikirkan apa apa.
    (Ini adalah bahagian paling sukar mempelajari telepati , kuasai minda - meditasi boleh menjadi senaman telepati yang baik dalam persediaan untuk menghantar isyarat bersifat Telepati) 
  • Duduk dengan orang lain. Pilih satu orang untuk "menghantar" dan lain-lain untuk "menerima". 
  • Orang yang menghantar (sender) memilih warna dalam fikiran mereka.Penghantar kemudian 'hantar' warna ini kepada fikiran orang lain bermula penghantaran dengan bercakap "mula".
  • Penerima kemudian cuba untuk menyambung dengan minda penghantar untuk melihat jika mereka boleh memilih apa yang sedang dihantar secara telepati. 
  • Penerima mungkin mengatakan warna - mungkin merah.
  • Penghantar kemudian berkata, Ya atau Tidak.Kemudian memilih satu lagi dan berkata "mula" untuk menghantar satu lagi warna.
  • Mulakan senaman ini selama 5 min, kemudian 10min dan seterusnya. Selamat Mencuba.
  • Jika anda berjaya menguasai Telepati, anda boleh menggerakkan orang orang lain untuk melakukan kerja tanpa arahan lisan dan tulisan. Contohnya jika anda seorang ibu, anda boleh mengarah anak anda solat,mandi, studi melalui mindanya. Lagi satu hebatnya Telepati...kuasa minda ini tiada sempadan infiniti. Sekalipun anda di Malaysia anak anda Di Rusia anda masih boleh menyuruhnya melakukan solat.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...