Thursday, November 1, 2012

Kisah Semalam, My Real Story !

Salam. Hari ni saya nak cerita My Real Story...Kisah Semalam, Selasa 9/1/2013. Semalam agak sibuk, siapkan kertas kerja program, post barang client, hantar barang kepada client, agak penat. So Petang selepas Opis, saya dan kawan2 sepejabat pergi minum di "JUNGLE" pekena nasi kukus, ada yg makan nasi arab. Dan ternampak satu banner tak ingat sgt tulis apa lebih kurang "JOHOR FC LAWAN PAHANG, PASTI MENANG"...tersengih sengih teringatkan perlawanan kelmarin malam JOHOR vs PAHANG, Tengku Muda Johor yg betul2 turun padang duduk di tempat Jurulatih, salute saya tapi sayang kalah juga 2-3 Adoiyaii daa laa Johor berhabis berjuta juta beli pemain hebat hebat belaka. Ituu laa dikatakan tiada rezeki.

Pulang ke rumah bibik bagitau Motor Buai Uwais rosak, bibik tersalah tarik tali buai membidas Motornya Kena baiki segera tuu...Uwais anak lelaki saya suka tidor buai, klu xde buai jenuh saya kena berdondang sayang nanti. Selepas solat Maghrib saya bawakan Motor Buai ke kedai baby, asal usulnya di situ untuk dibaiki, saya tak bawa Guaranty Card...tak ingat dok mana dan saya rasa tempohnya daa habiss. Namun saya berpendapat setakat rosak camni senang je kot utk dibaiki.

Sampai dikedai kami pun membuka Motor Buai itu untuk dibaiki, buka punya buka... "Total Damage", berpinar sekejap...Motor Buai Uwais agak mahal sekitar RM 250-300, terus terlintas di fikiran " ni mesti aku ada buat salah apa2, kot2 ada zakat harta yg belum berbayar, atau apa2 kesalahn sebab tuu Tuhan Hukum...melayang duit malam ni kena beli yang baru" . Tetiba Tuan Kedai, a Chinese man...buka satu kotak yg mengandungi Motor Buai yang baruu, saya perhatikan je yea laa conform kena beli baruu kesian Uwais, That Chinese Man test motor baru tuu tengok berfungsi takk... setelah dia berpuas hati " Nah saya hadiahkan anak awak Motor Buai yang baruu"

Terkesima sekejap..."terima kasih semua" on the way balik, saya berfikir kenapa Tuhan nak hadiahkan saya sesuatu malam ni, teringat Pagi tadi semasa minum di kantin saya selitkan seringgit kepada waiter, saya tak fikirkan apa apa pun just nak buat dia gembira ( saya bukan nak berbangga bangga bercerita ni just utk direnung bersama besarnya ganjaran bersedekah ).

Kerana secara logiknya jika saya letakkan diri saya di tempat Tuan Kedai Baby, apa yang mungkin saya fikirkan adalah seperti ini"bagus rosak Motor nii, xde Guaranty Card pula tuu, anak dia tidor buai, yeay terjual laa satu Motor Buai malam nii untung laa", Sekali pun Tuan Kedai tuu mungkin kesian, klu nak bagi yg baru pun bagi yg RM 80 daa laa, ini tidak dia bagi yg sama brand dgn yg anak saya guna, sama mahal tuu.


Jika kita amati ayat ini, dimana Allah menggandakan 1 sedekah menjadi 700 kebaikan baginya.

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Saya pernah dengar seorang Ustaz memberitahu " orang orang yang berjaya dlm pekerjaan dan perniagaan, mereka menjadikan amalam sedekah sebagai satu pekerjaan wajib di lakukan, sebab tuu mereka di murahkan rezeki oleh Allah", Hikmah bagi orang orang yang ingin berfikir.


Mommoy Gee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...