Tuesday, December 11, 2012

RAWATAN ISLAM: Pengalaman Makhluk Halus dan Ayat Ruqyah


Assalamualaikum bertemu kita pada tarikh 12/12/12, tarikh yang cantik. Di sini saya nak kongsikan pengalaman berkenaan dunia halus. Saya boleh merasa kehadiran makhluk halus, keadaan ini agak menganggu lalu dgn bantuan Darul Shifa of Course dgn izin Allah jua keadaan saya bertambah baik. Saya dibekalkan Darul Shifa dgn senaskah Ayat Ruqyah bagi menjauhkan makhluk makhluk halus.

Setelah keadaan saya semakin baik, saya tidak lagi mengamalkan Ayat Ruqyah (tiada istiqamah jgn ikut) sehinggalah saya melahirkan anak sulung, ditakdirkan anak saya juga mempunyai kelebihan yg sama...bukan sahaja merasa kehadiran 'mereka' tapi pandangannya juga 'telus pandang'. Saya cuba mendapatkan bantuan Ustaz Syarhan, dan sekali lagi Ayat Ruqyah berkumandang dlm rumah saya.

Sehingga hari ini, sudah hampir 2tahun berlalu, setiap hari saya membacakan anak2 saya Ayat Ruqyah...dan setiap hari Ayat ayat ini akan berkumandang sekurang kurangnya 7x dalam rumah. Saya pernah, bertandang ke rumah yg dihuni makhluk halus, sudah rutin saya memperdengarkan anak2 saya dgn Ayat ayat tersebut, 'mereka' panass dgn bacaan tersebut, telinga saya seperti di tarik org sepanjang hari, bila malam separuh badan saya tdk boleh bergerak. Lalu saya pasangkan Al-Quran 30juzuk, pejamkan mata sambil menghayati bacaan Al-Quran, Alhamdulillah keadaan pulih spt sediakala.

Pernah satu ketika saya bertandang di sebuah rumah, tiba tiba anak saya menjeriti 'itu..itu..itu' sambil berlari menekup muka. Lalu saya pasangkan Ayat ayat Ruqyah sepanjang masa tanpa henti, barulah keadaan anak saya Ok dan ceria. Ditakdirkan malamnya elektrik tak ada, btery lap top habis, batery Ipad tinggal 8%...so Ayat Ruqyah tidak boleh dipasang, kemudiannya berbunyi seperti perabot dialih alihkan ats syiling, macam2 bunyi laa, kemudiannya Pintu grail bergegar spt digegarkan oleh 3-5org lelaki, dlm keadaan nervous camtu baca ayat Al-Quran pun daa tungang terbalik, dgn suara kuat a'uzubillahiminasyaitonirajim' dgn sekali itu semua bunyi berhenti. Kami tak tidor sampai ke pagi.

Begituu laa hebatnya kesan Ayat Al-Quran ini, atau lebih spesifiknya Ayat Ruqyah. Walaupun anda tak mengalami apa apa bagus juga ianya dipasang atau dibacakan 3x sehari. Bila syaitan ni pergi jauh, pemikiran anda lebih baik tidak dipengaruhi unsur unsur jahat yang negatif. Rumah tangga pun rukun, yea laa tugas paling besar buat syaitan dan antara paling disukai mencerai beraikan suami isteri, disamping itu anak anak pun berada dlm keaadaan baik.

RAWATAN ISLAM: 


Dalam rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk, panas
- berdebar-debar

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1, 1-5
3 Al-Baqarah 1, 102
4 Al-Baqarah 2, 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3, 255
6 Al-Baqarah 3, 285-286
7 Ali-Imran 3, 18-19
8 Al-’Araf 8, 54-56
9 Al-’Araf 9, 117-122
10 Yunus 11, 81-82
11 Toha 16, 69
12 Al-Mukminun 18, 115-118
13 As-Soffaat 23, 1-10
14 Al-Ahqaaf 26, 29-32
15 Ar-Rahman 27, 33-36
16 Al-Hasyr 28, 21-24
17 Al-Jin 29, 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.


Penerangan lanjut mengenai Ayat Ruqyah ini, boleh rujuk di http://mp3ruqyah.com
 Credit to: Oh Islam

1 comment:

  1. Good post. I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon every day.
    It will always be interesting to read through content from other authors
    and use a little something from their sites.

    Check out my weblog :: łatwe chwilówki przez internet

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...