Sunday, December 23, 2012

Misteri Tamadun Maya, Peradaban Lama yang Meramalkan Kiamat Dis 2012



Kalender Maya merupakan sistem kalender yang disusun oleh sebuah peradaban yang dikenal dengan nama Maya. Kalender ini diciptakan pada masa Baktun ke-6 (sekitar tahun 747-353 SM). Puncak kejayaan peradaban Suku Maya terjadi sekitar tahun 250-900 MSuku Maya menjadikan kalendernya sebagai acuan dan ukuran dalam menentukan hampir setiap kejadian yang mereka alami. Mereka juga memandang kalendernya sebagai bentuk visual terhadap perjalanan waktu yang menggambarkan bagaimana kehidupan itu berlangsung.

Kalendar Maya yang paling senang difahami dipanggil Tzolk'in. Kalendar ini membahagikan satu tahun atau satu kitaran kepada dua puluh bahagian. Setiap bahagian mengandungi tiga belas hari,dan melambangkan kerohanian tertentu. Oleh itu setahun adalah 260 hari. Manakala satu lagi kaedah kalendarnya yang dipanggil Haab mengandungi 365 hari setahun.

Bagi tempoh yang lebih daripada 52 tahun, satu kaedah kalendar tambahan telah digunapakai dipanggil Long Count. Kaedah ini digunakan utk menentukan tempoh yang amat panjang, dan sering ditemui diukir pada monumen Maya. Dari apa yg ditemui ahli Antropologi, Long Count bermula kira-kira pada 11 Ogos 3114 BCE, mengikut kalendar Gregorian. Masyarakat ancient Maya berpendapat,dipengakhiran Long Count adalah Apocalypse (Kiamat),   iaitu pada tarikh 21 Disember 2012. Menurut ahli Zaman Batu, ia adalah pada hari bahawa wahyu atau perubahan cuaca dunia (cuaca, gempa bumi, banjir etc) atau dunia baru akan berlaku.


Masyarakat bukan Islam menunggu nunggu kehadiran 21 Disember 2012, sehingga satu dunia panik takutkan Apocalypse. Manakala umat Islam dilihat lebih bertakwa dan beriman yang bahawa kehadiran Kiamat adalah ketentuan Allah, dan tiada siapa pun mengetahui akan datangnya Apocalypse. Namun jika dilihat cuaca hari ini, sejak 21 Disember 2012 Pendapat Ahli Zaman Batu mungkin benar, berlakukannya perubahan besar pada Dunia.





Masyarakat tamadun Maya menghasilkan ilmu astronomi yang amat tepat; carta pergerakan bulan dan planet yang dibina mereka telah digunakan untuk meramalkan gerhana dan lain-lain peristiwa cakerawala sehingga ke hari ini. Uniknya, terdapat bukti yang menunjukkan Masyarakat Tamadun Maya, satu satunya tamadun yang pakar Ilmu Orion Nebula pada zaman tanpa teleskop. Mereka juga amat pakar dalam ilmu Agriculture, yang mana kemahirannya masih diguna pakai sampai ke hari ini di negara negara maju seperti Sweden.



Seni halus klasik yang dihasilkan tamadun Maya era (c. 250 hingga 900 CE) adalah seni tertinggi kecanggihan estetik dan artisanal. Ukiran yang dibuat ahli seni Stuko di Palenque dan patung-patung daripada Copan, menunjukkan seni klasik Dunia Lama. Ahli antropologi mendapati barangan seni tamadun Maya seperti tembikar, seramik, sebuah bangunan di Bonampak yang mempunyai warna biru yang cantik terselamat berabad abad lamanya kerana ciri-ciri kimia yang unik. 

p/s: begitulah hebatnya Tamadun lama Maya, masyarakat Kuno yang telah pupus namun meninggalkan Ilmu Astronomi, Agriculture dan seni halus yang begitu canggih,.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...