Tuesday, December 25, 2012

GAMBAR BANJIR DAN HUJAN LEBAT SEKITAR KUANTAN

 
 

 

 

 
 


 


Dua hari lepas bersantai di Cameron Highland selama 2 hari, hujan gerimis sahaja nun di gunung...pulang ke Kuantan Hujan Lebat, jalan nak masuk Carnation air naik,  terpaksa mengundur kereta.Walaupun kereta ada rverse camera berjam lamanya nak mengundur asik nak masuk longkang. Sejak semalam 24.12.12 hujan Lebat turun berjam jam lamanya, klu tak silap lebih 10jam. Buletin Utama jam 8p.m 25.12.12 turut melaporkan...mangsa banjir tertinggi adalah di Terengganu. Mereka telah dipindahkan ke tempat tempat selamat, manakala peningkatan jumlah mangsa banjir naik mendadak di Pahang dan Kelantan.

1) So Ibu ibu jaga anak anak kita, jangan terlepas pandang, air hujan sangat lebat dan laju. Takut terhanyut anak kita.
2) Kebersihan pun kena jaga, time time banjir camni "Water Transmitted Diseases" macam Taun senang merebak.
3) Kalau nak beli makanan dekat kedai, tengok juga kebersihannya.
4) Elakkan makan makanan Fresh Foods yg mungkin terhanyut, atau terjatuh kedalam air banjir. Takut ada parasites yang melekat.
5) Barangan elektrik pun tengok tengokkan, elektrik mengalir dlm air dan boleh menyebabkan renjatan yang teruk atau kematian.
6) Jangan park kereta bawah pokok, takut pokok tumbang atas kereta.

Credit to: Aku Anak Pahang 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...