Tuesday, December 11, 2012

DIARI IBU: DOA SELEPAS SOLAT (Rumi)


Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi Pengasihani, Segala Puji bagi Allah yang memiliki segala keagungan. Ya Allah cucurilah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan nabi2 terdahulu dan para sahabat.

Doa 1} [ Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku dan dosa-dosa kedua ibubapaku, serta kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku masih kecil. Berkatilah usia mereka, permudahkanlah jalan hidup mereka, kurniakanlah kesihatan yg baik buat mereka, jauhilah kedua ibu bapaku dari penyakit nyanyuk dan matilah mereka dlm Iman, dan kumpulkan mereka dgn para Anbiya di syurga.
Ya Allah, akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan imanku setelah Engkau kurniakan kepadaku hidayah. Anugerahkanlah aku dengan rahmatMu  kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia dan maha pengasihani. ]
Ya Allah tolonglah diriku, suamiku, anak2ku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan melakukan Ibadah sebaiknya untukMu. Ya Allah kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah terima lah solat kami, ampunkanlah dosa kami dan jangan engkau seksa Kami. Ya Allah hidupkan kami dgn kehidupan para ulama, matikan kami dgn kematian syuhada dan kumpulkan kami bersama para auliya, dan masukkan kami ke syurga dgn para anbiya
Ya Allah yang maha pemberi, ampunkan dosa dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan dan teguhlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang orang kafir.

{Doa 2} [ Ya Allah wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada syak dan keraguan dan daripada mensyirikkanMu dan aku berlindung denganMu daripada kufur dan pura pura beriman, dan aku mohon perlindungan Mu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk serta bisikan negative dan jahat yg berasal dari diriku atau bisikan syitan, dan Aku mohon berlindung dari kesudahan yang buruk pada harta-hartaku, keluargaku dan anak-anakku sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhanku, aku memohon perlindunganMu ke atas diriku, suamiku, anak2ku serta isi rumah ini daripada segala bala bencana, marabahaya, binatang berbisa, daripada hasad dengki manusia, aku mohon berlindung denganMu dari hambaMu yg jahat dan khianat, serta daripada gangguan Jin, Iblis dan syaitan dari pagi hingga ke petang. Dan Petang hingga ke Malam. Keluarkanlah mereka dari rumah ini. Sesungguhnya engkau telah memberi kelebihan kpd mereka, utk Nampak akan kami, dan kami tidak Nampak akan mereka..maka tolong lah kami dari kejahatan dan sihir mereka..
Aku juga mohon perlindunganMu ke atas diriku, suamiku dan anak2ku daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami di atas kekecewaan kami, dan aku mohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan, daripada kecelakaan dan kesudahan yang buruk ]

{Doa 3} [ Ya Allah Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasihani, Tolong lah aku untuk menjadi isteri yang baik kepada suamiku, ibu yang baik kepada anak anak2ku. Ya Allah engkau kurniakanlah aku ilmu , ilham dan petunjuk yang baik dlm mendidik anak anak ku. Dan aku mohon kasih sayangMu ke atas anak2ku, jadilah mereka anak2 yang baik, hafiz hafizzah, soleh solehah. Jadikanlah mereka anak2 yg mendirikan solat 5 waktu, mengerjakan kebaikan dan beriman. Jadilah mereka orang yg alim dlm ilmu agama dan ilmu dunia, para cendiakawan yg dihormati dan alim ulama yg disegani. Jadilah mereka sayang akan Al-Quran, membacanya, menghafaz dan menghayatinya. Dan jadikanlah Al-Quran itu sayang akan mereka dan duduk dengan mereka. Permudahkanlah jalan hidup mereka dan permurahkanlah rezeki untuk mereka.
Ya Allah yang maha Pemberi. Aku memohon kemurahan rezekimu keatas diriku, suamiku dan anak anakku melalui pekerjaan kami, perniagaan kami serta melalui jalan yg tidak disangka sangka. Kurniakanlah kami rezeki yang halal dan berkat. Ya Allah jika rezeki kami masih di langit maka turunkanlah, sekiranya masih didalam bumi, keluarkanlah, Sekiranya sukar, permudahkanlah, dan sekiranya jauh, dekatkanlah. Wahai tuhan yang agung dan permurah limpahkanlah kami dengan rezekiMu, sesungguhnya Engkau lah sebaik baik pemberi rezeki.
Ya Allah, aku memohon dariMu kebajikan yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan aku tidak ketahui. Aku memohon dariMu syurga dan apa saja yang boleh aku menghampiri kepadanya daripada percakapan, perbuatan, gerak hati dan Iman. Dan aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka dan apa saja yang boleh menghampiri aku kepadanya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan sifatku.

Ya Allah, aku memohon kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh hambaMu dan pesuruhMu, Nabi Muhamad s.a.w. Ya Allah, apa yang Engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya petunjuk wahai Tuhan yang berdiri sendiri, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia. Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmatMu, aku memohon pertolongan, dan dari azabMu aku minta dijauhkan, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya sebagaimana Engkau perbaikkan orang-orang yang soleh.  ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...