Sunday, November 18, 2012

Scientific Review: Chronic Toxicity of Rare Earth Iron on Human Being

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ini saya diberi kekuatan untuk mencoret berkenaan kesan Rare Earth Iron kepada manusia dari sudut KAJIAN dan PENYELIDIKAN. Kecewa melihat stesen TV terkenal tanah air yg memaparkan saban hari berkenaan LYNAS yg selamat dan mempergunakan orang orang kampung, nelayan2 untuk menghalalkan kewujudan LYNAS demi kepentingan politik dan Undi, serta kecewa dgn Pihak Kerajaan terutamanya pendirian PM yg saya sanjungi

" Pada saya Pendirian Najib tidak menghormati kebimbangan rakyat dan mengabaikan hasrat rakyat yang telah disuarakan semasa perhimpunan hijau, malah menyatakan sisa buangan Rare Earth Iron akan dibuang di tempat yang jauh, ini bukan solusi yang bijak. Mengapa???"

Apakah Lynas:

Untuk pengetahuan Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Lynas merupakan nama satu syarikat yang seratus peratus milik Lynas Australia, yang mana syarikat ini sedang membina sebuah kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang. Kilang ini berkedudukan 25 km dari bandar kuantan. Kilang ini telah memulakan operasi dan berfungsi sebagai tempat pemprosesan nadir bumi, apabila sudah siap nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.

Sisa Buangan Lynas:

Kilang ini akan menghasikan sebanyak 20,000 tan sisa radioaktif setahun. Yang mana sisa radioaktif ini dinamakan Low Lanthanide Thorium. Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.

Secara geologi kimia mineral Monazite, Columbite, Tentalite hanya akan terbentuk bersama-sama mineral lain antaranya, Uranite (UO2), Zircon (ZrSiO4) Wolframite (Fe,Mn)WO4, Tourmaline (Na,Mg,Fe,Ae,B,MnSiO4) dan lain-lain associated minerals. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Bahan mentah yang dibawa masuk akan kemungkinan mengandungi campuran unsur-unsur radioaktif dan bukan radioaktif antaranya ialah Cerium (Ce), Latanium (La), Thorium (Th), Fosforus (P), Oksigen (O2), Uranium (U), Lithium (Li), Boron (B), Zircon (Zr), Niobium (Nb), Tantalum (Ta), Magnesium (Mg), Manganum (Mn), Ferum (Fe), Silicon (Si) dan unsur-unsur lain. Unsur-unsur rare earth digunakan dalam berbagai industri, termasuk industri elektronik,telekomunikasi, angkasa, senjata dan lain-lain.

Statistik Penempatan di Kawasan Sekitar Lynas:

Untuk makluman Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang bijaksana, Statistik penempatan penduduk pada tahun 2000 menunjukkan seramai 5,973 orang menetap di kawasan antara 1km – 3km dari Kilang Lynas, yang mana 87 peratus daripada mereka adalah Melayu. Statistik terkini menunjukkan dalam jarak 2km dari kilang Lynas terdapat 16,700 penduduk.Kilang Lynas merupakan satu ancaman kepada penduduk tempatan, hal ini adalah kerana hasil radioaktif yang dilepaskan dan juga nadir bumi yang diproses itu akan membawa kesan sampingan kepada penduduk sekitar. Bagaimana ia boleh memberi kesan kepada penduduk, bukankah Najib telah menjanjikan sisa buangan akan dibuang di tempat yang jauh???

Bahaya Lynas:


 1) Sisa Thorium dan Bahayanya

Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan. Dianggarkan sisa buangan Thorium yang akan dihasilkan dalam tempoh setahun di Kilang Lynas adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan setahun. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara, sisa thorium ini tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau.

Jika sisa Thorium boleh mencemar udara, air, dan bila hujan ia akan sebati dengan tanah. Bagaimana ianya akan dibuang di tempat yang jauh seperti yang dijanjikan Najib???

Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
  1. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.
  2. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
  3. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  4. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang dicemari Thorium terdedah kepada bahaya.
  5. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  6. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  7. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
 2) Sisa Lynas dan Kesannya ke atas Hati, Buanh Pingang dan Imun Sistem

Selain itu kajian Saintifik yang dijalankan Hui Zhang et al, 1999 yang bertajuk Chronic Toxicity of Rare Earth Iron on Human Being menunjukkan pendedahan kepada sisa buangan Rare Earth Iron akan membahayakn hati dan buah pinggang manusia di samping menurunkan tahap imun sistem. Maksudnya, dalam jangka masa panjang penduduk yang terdedah kepada Rare Earth Iron akan mengalami abnormaliti buah pingang dan hati serta mudah dijangkiti penyakit berjangkit, mudah jatuh sakit kerana penurunan tahap imun sistem.

3) Sisa Lynas dan Kesannya ke atas Kecerdikan (IQ) dan Kesihatan Kanak2:

Yang lebih bahayanya, Kajian Saintifik yang dijalankan Wei Sheng Yan Jiu, Fan G et al 2004 yang bertajuk Study on the Effects of Exposure to Rare Earth Elements and Health Responses in Children 7-10years menunjukkan pendedahan kepada sisa rare earth iron akan menurunkan tahap kecerdikan atau IQ kanak-kanak. Keputusan kajian menunjukkan tubuh badan kecil anak-anak kita tidak dapat menerima sisa pencemaran rare earth iron dan boleh menyebabkan kesihatan yang buruk.

Tuan-tuan dan Puan-puan , bagaimanakah generasi Melayu (memandangkan kawasan berhampiran Lynas padat dgn bangsa Melayu) yang akan datang. Tidak cerdik, rendah IQ dgn badan yang lemah dan tidak sihat. Itu yang anda inginkan???

4) Sisa Lynas, Tumbuhan dan Kesannya:

Satu lagi kajian yang dijalankan Guo Yongquan et al 2010, daripada Shaanxi University of Technology China. Beliau cuba melihat kesan ke atas kesihatan badan manusia yang makan tumbuhan yang telah dicemari  sisa Rare earth Iron. Kajian beliau menunjukkan manusia yang makan tumbuhan yg telah tercemar ini akan membahayakan kesihatannya melalui pharmacological action dan physiological basis.

Seperti yang telah dijelaskan, Radioaktif Thorium akan mencemari Udara dan Air. Bila hujan turun Thorium yang terdapat diudara akan turun ke tanah. Kawasan tanah di sekitar Lynas mempunyai kepadatan air yang tinggi dan berhampiran laut. Oleh itu, sisa thorium akan diserap air dan merebak dengan cepatnya. Kemudian tumbuh tumbuhan akan menyerap sisa sisa radioaktif ini melaui akar. manusia dan binatang pula memakan tumbuh tumbuhan dan buah buahan yang tercemar ini. Ikan-ikan dilaut berhampiran dan sungai sungai juga akan terdedah dgn sisa buangan ini melalui hujan dan AIr bawah tanah.

Lihat lah bahaya Lynas dengan jelas sejelasnya. Rangkaian kesan buruknya. Mana yang anda ingin percaya cakap KARAM SINGH WARYA atau KEPUTUSAN KAJIAN SAINTIFIK yang Metodologinya sangat rapi, jika terdapat penipuan Kajian-kajian ini tidak boleh diterbitkan. Dalam proses untuk menerbitkan hasil kajian, ia terlebih dahulu di nilai beberapa peringkat. Ketulenannya adalah jelas.

Pilihan ditangan anda. Buat lah keputusan yang tepat. Jangan aniayai BANGSA kita, NEGARA kita, ANAK ANAK KECIL kita. Apakah Najib peduli, Apakah kerajaan UMNO peduli. Kenapa tidak mendengar suara Rakyat, Malah memerangi rakyat yang dari hati menyatakan kebimbangan mereka semasa Perhimpunan Hijau. Di mana relevannya slogan RAKYAT DIDAHULUI, JANJI DITEPATI. Media pun sama, saban hari menipu rakyat kononnya Lynas Selamat.Kalau Selamat binalah di Australia, kenapa pilih Malaysia.

Aku warga Malaysia yang Kecewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...