Saturday, November 17, 2012

Resipi Nasi Arab Mandy Lahm (Daging) dan Roasted Chicken

Malam Jumaat lepas ikut my Lovely Hubby dan my Dearly Brother makan nasi Mandy Arabian, perghh memang sodapnya la hai. Saya bukan jenis makan kambing...baunya eewww, tapi penangan nasi arab Mandy Mutton saya makan 2 pinggan big plate, So esok nak masak nasi Arab. Pandaikah aku??? Cuba dulu laa...Mengikut my brother yg 10tahun tinggal di Arab, nasi Arab ni pelbagai.Nasi Mandy niii asal Yaman dan antara yg paling sedap... ni resipinya:


Bahan Untuk Rebus:
  • 1.5 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 biji buah pala (diketuk)
  • 3 helai daun salam aka bay leaf
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sesudu rempah sup/ rempah Mandy

Nasi Mandy
Bahan-Bahan:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air rebusan tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
  • 2 sudu minyak sapi atau minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar yang besar (dipotong dadu)
  • 1 tomato yang kecil (dipotong)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1)Rebus tulang/daging sehingga empuk bersama rempah ratus yang disediakan.
2)Keluarkan daging berserta tulang.Tapiskan air rebusan untuk asingkan rempah ratus didalamnya.Simpan air rebusan tulang dan daging untuk memasak nasi.
3)Di dalam periuk lain, tumiskan bawang besar dan tomato dadu didalam minyak zaitun atau minyak sapi.Tunggu sehingga bawang layu dan wangi
4)Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan air rebusan bersama daging serta tulang.
5)Setelah nasi hampir masak, taburkan kismis dan titikkan pewarna kuning atau air safron.(Saya guna warna oren dan kuning).Tutup api dan biarkan seketika sebelum menghidangnya.Taburkan bawang goreng untuk menghidang.


Ayam Panggang (roasted chicken)
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (anggaran 1.5kg beratnya)
  • 1 sudu besar madu atau jem aprikot
  • 5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil daun bawang (dicincang)
  • 1 sudu kecil thyme (jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • 50gm mentega (suhu bilik)
  • 2 biji limau (dicincang isinya)

Cara-caranya:
1)Masukkan garam, madu atau jem, bawang putih dan herba didalam mangkuk besar.Sapukan kesemuanya pada ayam
2)Sapukan pula mentega dicelah-celah antar isi dan kulit ayam.
3)Panaskan ketuhar pada kepanasan 250 degree celcius.
4)Sumbatkan isi oren ke perut ayam.Biarkan ayam diperapkan selama 15-30 minit.
5)Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar yang telah disampul dengan kerajang (aluminium foil), letakkan dengan cara dada ayam di sebelah atas.Bakar selama 15 minit.Kemudian kecilkan suhu ketuhar kepada 180 degree celcius.
6)Sampulkan ayam dengan kerajang aluminium, biarkan selama 45 minit ata sehingga masak.Sesekali percikkan seluruh ayam dengan cecair yang keluar semasa memproses membakar.Keluarkan lebihan cecairnya untuk dijadikan gravy.
7)Bagi memastikan ayam telah masak, cucuk isinya dengan lidi sate atau garfu sehingga cecair jernih mengalir keluar.
8)Perlahankan kepanasan Ketuhar kepada 150 degree celcius
9)Bukakan kerajang aluminium dan bakar ayam selama 10 minit agar garing di bahagian kulitnya.
10)Tutup ketuhar dan keluarkan ayam.Biarkan selama 10 minit didalam kerajang aluminium sebelum dihidangkan bersama kentang, lobak merah dan salad...semestinya hidang dengan nasi arab :)


Salatah (sos arab)
Bahan- Bahan:
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili  merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • Beberapa tangkai daun ketumbar
  • 1 biji lemon (diambil jusnya)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:
1)Kisar kering kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air)
2)Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan buah lemon.
Hidangkan salatah bersama nasi mandi lahm, dan acar timun
(Hidangkan dengan ayam panggang juga)

(di Edit from Buku Resipi Rasa dan Saji)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...