Friday, October 12, 2012

Jangan Tutup Rezeki Orang...Sabar dan Takwa kunci hadapi Hasad Dengki

Pening kepala memikirkan orang yg cemburu, hasad dengki niii. Cemburu bukannya 100% xbagus, bergantung kepada si cemburu...ada yg cemburu dicuba menutup rezeki org yg dicemburuinya, ada si cemburu yang cuba melakukan lebih baik dan meletak target tinggi melangit lalu berusaha mengatasi orang yang dicemburuinya...kalau yg ini baguss dia tidak menyakitkan saingannya dan pandai mendorong diri sendiri. Namun penyakit PHD (penyakit hasad dengki) atau kita panggil Hatred memang xada bagusnya dari segala sudut.


Cuba check diri sendiri ada tak perangai tak senonoh PHD nii. Nak kenal penyakit hasad dengki nii perhatikan dari 3 criteria:

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain melebihinya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita, iri hati kepada orang lain yang akhirnyamembuat fitnah, hasutan yang membawa kepada rosaknya hubungan persaudaraan, aib dan memalukan saingannya, bencana dan kerosakkan.


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

2) Merasa Diri Mulia:

 Cthnya: Saya daa lama kerja lagi berpengalaman dari awak saya yg patut jadi ketua...so mula lahh diburuk burukkan org tuu

3) Takabbur

Cthnya : Aku nii lagi baguss laa dari dia, Perasan cantikk...habis difitnahnya org tuu xbagus, org nii xbagus. Memperkecilkan dan menggunakan org lain utk kepentingannya.


4) Ujub

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Cthnya: Nak sesuatu jawatan, kalau boleh candidate lain semua nak dijatuhkannya. Malah cuba menghasut candidate lain tarik diri.


6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Cthnya: Saya nak sangat jadi Tim atau Penolong Pengarah, dia tuu daa la diploma pegang jawatan besar Penolong pengarah padahal saya nii ijazah.


7) Busuk Hati.

Cthnya: xboleh tgok org keta besor, rumah besar, cantik sikit dari dia busuk hati dengki. So sehabis habisnya xnak bagii org tuu rezeki lebih...semua nak ditutup pintu rezeki org tuu.

Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Wahai sahabat tak usah lah kita dengki mendengki, tak usah laa kita tutup rezeki orang. Dalam satu firman (Ali Imran:26):

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ketahuilah:


Hasad Dengki hukumnya haram, termasuk dosa besar.
Dia akhlak yang tercela.Akhlaknya Iblis dan sifat Yahudi.
Membahayakan badan dan merosak agama.

Banyak sekali dalil-dalil yangmenerangkan keharaman hasad.
Allah azza wa jalla berfirman :

إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا

Jika kamu memperoleh kebaikan,nescaya mereka bersedih hati, tetapi
jika kamu mendapat bencana,mereka bergembira kerananya.
(QS. Ali Imran : 120)

Allah memerintahkan kitauntuk berlindung dari keburukan hasad.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman :

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Dan..
dari kejahatan pendengki apabila ia dengki.
(QS. Al-Falaq (113) : 5)

Cukup laa aku membebal setakat  niii...tak tahu daa nak buat apa ngan kaki dengki, rezeki tuu ditangan Allah bukan ditangan awak, hari nii awak cuba tutup rezekinya... esok lusa Allah tutup rezeki awak...mana tau dapat anak cacat, kereta rosak, ditimpa penyakit dan sebagainya. Saya juga menasihati diri sendiri...jom ramai2 kita buang PHD nii tak ada untungnya, tak ada gunanya menyakiti org lain kerana hasad dengki, kira menganiayai tuu...org teraniaya doanya makbul mana tau terlintas dihatinya supaya Allah balas perbuatan awak. Nauzubillah

Bersabarlah org2 yg dianiayai oleh si penghasad dengki nii...sabar tuu separuh dari iman. dan bertakwa lah rezeki itu ditangan Allah, mungkin hari ni dia aniaya Awak, tutup rezeki awak... di masa depan Allah murahkan rezeki awak melimpah ruah. Aminn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...