Saturday, September 1, 2012

Resipi Nasi Ayam Hainan Mommy Gee

Ni Resipi Nasi Ayam Hainan Mommy Gee...suka suki je versi sayakan. Resipi asal mak mertua yg ajarkan, lepas tuu saya ubah sana sini ikut kesukaan family.




Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ ditumbuk
3 ulas bawang putik~ ditumbuk
Sedikit buah pala~ditumbuk
Serbuk lada hitam (tumbuk pun ok) secukup rasa

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, bahan2 tadi didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30 minit. Angkat dan toskan.

*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.(ni resipi original ayam hainana)
~ versi Mommy Gee ayam yg daa rebus tuu saya perap ngn kicap, madu, sos cili, sos tiram perap 30-40min kemudian goreng.

Untuk nasi:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
4 1/2 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
Secubik Garam

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
Taburkan bawang putih dan hirisan halia yg di goreng.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos ikan thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...