Tuesday, July 24, 2012

Marhaban Ya Ramadhan...Ku Mencari Lailatul Qadar



Lambat benor aku mengucapkan Selamat Datang Ya Ramadhan, sejak memulakan karier fulltime breastfeeding ni sibuk menimba ilmu berkenaan breast, pump and milk. So entry sebelum nii semuanya related too breastfeeding information.  Apa pun aku teramat merindui kedatangan Ramadhan, Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu bulanNya yang mulia. Terdapat beberapa kisah mengenai Ramadhan yang menyebabkan aku akan senantiasa rindu bertemu dengan bulan mulia ini.


Masih segar diingatan bulan Ramadhan 2006 hari ke 27, masa tuu aku di UIA tahun ke 2 klu tak silap. Kami sambut Ramadhan dengan Final exam...so selalunya aku sembahyang tarawih 8 rakaat je lepas tuu nak baca buku. Di jadikan cerita pada malam Ramadhan ke 27 aku tidor awal jam 9.00malam, selalunya setiap malam exam pun aku tidor awal. Sebabnya klu tak cukup tidor otak biol time nak jawap paper hu hu. Pernah aku stay up lewat malam, esoknya terus xboleah jawap exam,tersengguk sengguk depan paper tuu menyesal sangat.

Pada malam ke 27 tuu esoknya exam Agama, dalam jam 3.00-4.00 pagi aku seperti dikejutkan entah apa siapa...xde apa apa. Aku pun bangun terpisat pisat...fikir nak baca buku, tapi entah nape hati nii sebak, sendu (perasaan seperti ingin bertaubat )...nape laa dgn aku nii kan, hormon ke tetiba sedih niii, aku terus ke tingkap, memandang jauh ke jendela. Semua pepohon seperti kaku, tiada angin, malam yang tenang dan terang sehingga daun daun terpantul cahaya...aku memandang pepohon hijau ( belakang bilik aku bukit), tetiba pohon2 sujud dengan cepatnya, mula dari kanan aku ke kiri...melandai seperti ombak.

Terpegun sebentar, aku mengantuk ke, mimpi ke, cubit pipi sakitt...pakai spek mata, terdetik disudut hati masyaallah adakah Lailatul qadar datang bertamu. Aku terus menitis air mata, dalam menangis mengeleter aku berdoa...entah apa aku tak ingat. Tapi selepas tuu xberani bagitau sesiapa, aku takut ia hanya mimpi...dalam hati tertanya tanya benarkah itu Lailatul Qadar, kawan kawan yang kuat stay up, malam ituu mereka tidor pulak terkulat kulat aku keseorangan...Sehinggalah esoknya di dewan peperiksaan terdengar perbualan Ustaz Hasbullah dengan kawannya "semalam lailatulqadar...". Aku terus memanjatkan kesyukuran pada Allah...tapi sayang aku tidak menggunakan masa yang ada untuk beribadah bersungguh sungguh.

Ituu laah kisahnya aku bertemu Lailatul Qadar...sampai hari ni peristawa kejadian malam itu xpernah luput, saban tahun aku menanti bertemunya lagiiii. Semoga Allah memilihku untuk bertamu dengan Lailatul Qadar pada ramadhan kali ini. Amin

Satu lagii kisah, Ramadhan 2010 hari ke 14, Masa tuu tengah mengandungkan anak sulung puteriku Aqilah Najlaa'. Dalam tidor aku bermimpi berada di atas awan. Di awan itu aku duduk atas batu, dihadapanku sekumpulan wanita wanita muda sebaya usia memakai pakaian putih bersih, duduk dalam bulatan membaca Al-Quran, di belakang ku pula terdapat perigi besar, seperti 5 perigi dicantum menjadi satu, cantik dan mendamaikan, disekelilingnya ada pepohon kayu ...air jernih mengalir keluar dari permukaan perigi lalu dicelah celah batu, damainya kawasan itu disinari cahaya putih. Aku duduk di situ mendengar kumpulan wanita muda sebaya mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran leka hingga ke pagi waktu Subuh. Bila azan berkumandang aku terjaga. Masyaallah...peristiwa ini juga tak pernah luput, senantiasa segar diingatan. Semoga mimpi itu memberi petanda baik terhadap bayi dalam kandungn ku.

Begitu lah alkisahnya. Tahun ni aku sambut kedatangan Ramadhan penuh sederhana, bukan saja juadahnya sederhana, ibadahnya juga amat sederhana...hu hu terukkan. Jom tingkatkan motivasi diri...beribadah seperti esok akan mati, entah sempat berjumpa Ramadhan lagiii...apakah amalan amalan mulia semasa Ramadhan...dalam dok search jenis jenis ibadah nii, dapat laa sedikit input.

Dalam bulan mulia ini Kita digalakkan:

1- mengerjakan qiyamullail terutamanya 10 malam terakhir
2- menggandakan usaha membaca dan menghayati Al-Quran
3- mengerjakan solat tarawih
4- banyyakkan amalan bersedekah
5- berdoa sepanjang puasa dan sewaktu berbuka
6- segerakan berbuka puasa
7- memberi makan orang orang berpuasa

Jom laa kita ramai2 mengerjakan ibadat. Letakkan sasaran dan berusaha mencapainya sesempurna yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...