Thursday, July 26, 2012

Dukacita Saya Rakyat Malaysia ; Menentang Kenaikan Harga Barang

" kak nasi kerabu daging ni berapa ringgit", "RM 6 dik" aku terkebil seketika, cari yg lain lah, puas aku memusing bazar mencari nasi kerabu daging yg harganya lebih murah, namun xberjumpa semuanya harga RM 5-6, namun memikirkan ahli keluarga yg sukakan nasi kerabu daging aku beli juga 4 bungkus daa RM 24, murtabak paling murah pun RM 3 ituu pun kecik, menyungut org dirumah xcukup, air tebu sebungkus kecil RM 3, kueh mueh RM 1 bole dapt 2biji je, kebanyakkan tempat memang daa xjual kueh seringgit satu 40-50sen. Klu pegi pasar basah...dulu ikan kembung sekilo RM 4-6 sekarang sekilo RM 10-12 ringgit, tenggiri sekilo RM 30, Udang sotong sekilo RM 20-22 sangat mahal.

Ituu baru bab makan, kereta pun nak kena isi minyak...harga minyak saban tahun naik. Barang barang anak pun apa kurangnya diapers, susu semuanya harga melambung sekarang. Sedih memikirkan tiap2 bulan seperti org xcukup duit. Kalau lah aku yg pendapatan keluarga 7-8K, baru beranak dua bukan 7 bukan 10 seperti melukut ditepi gantang, bagaimana rakyat rakyat miskin yg berpendapatan rendah, bagaimana pula keluarga yg anaknya ramai...mereka makan ape?? Telur...sardin, Anak anak minum ape...entah2 susu dicatu,entah entah susu pekat manis je yg mampu dibeli...kasihan anak2 kecil diberi minum air glukos, sirap, susu pekat manis.

Teringat beberapa tahun yg lalu...pulang ke kampung pergi kenduri. Seorg wanita muda mendukung anaknya, aku memang suka kanak2 lalu mengambil anak kecil itu membelai dan bermain dengannya...comel. Anak kecil itu menangis lapar..si ibu pun memberi anaknya susu botol. " kak bagi susu ape nii" saja saja bertanya, tiba2 muka wanita muda itu menjadi hambar, riak mukanya sedih tak terucap...lambat lambat dia memberitahu " susu pekat manis...tak mampu nak beli susu tepung mahal" Allahuakbar anak berusia 2 bulan ini minum susu pekat manis, menitis air mata...apakah Najib, Rosmah, Shafie Apdal dan pemimpin pemimpin kerajaan akan menangis melihat rakyat miskin mereka memberi minum bayi kecil susu pekat manis atau pada mereka golongan ini hanya sampah.Setahun kemudian aku mendapat tahu anak kecil itu mengalami penyakit saraf...apakah ianya kesan minum susu pekat manis.

Peningkatan harga barang yg melampau lampau menandakan kegagalan kerajaan dalam mengawal harga barang di pasaran. Kenaikan harga barang barang asas keperluan adalah keterlaluan dan menindas masyarakat Malaysia. Sedangkan orang orang besar...isteri isteri, anak anak mereka dilihat bermewah mewah keterlaluan...cincin berlian Rosmah RM 24juta, beg tangan Hermezz Matte RM 361K, Gelang tangan RM 1.65 juta, kos kos lawatan keluar negara yg melampau lampau, anak anak mereka menaiki kereta2 mewah...dari mananya datang wang wang tersebut. Di saat rakyat bergelut dengan kemiskinan, kenaikan kadar inflasi, anak anak kecil menjadi mangsa kenaikan harga barang...pemimpin berjoli dgn wang rakyat.


Saya anak muda Malaysia sedih melihat nasib rakyat rakyat marhean...malah saya sendiri pun sudah tidak mampu menghadapi tekanan peningkatan harga harga barang serta kenaikan kadar inflasi yang melampau lampau menyeru anak2 muda, kuasa anak anak muda mari kita lakukan perubahan...saya percaya jika kita bersatu melakukkan perubahan. Nasib rakyat negara ini akan lebih terbela. Ayuhh anak anak mudaa kita tentang penindasan kenaikan harga barang kerna kegagalan kerajaan dalam mengawal pasaran dan kita tentang pembaziran wang rakyat dari digunakan sewenang wenangnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...